Tarikh |
: 11 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 pagi – 12.30 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Memberi taklimat kepada belia dan lepasan sekolah tentang cara menulis resume yang betul dan menarik.
Aktiviti
Dalam taklimat ini belia dan lepasan sekolah diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menulis resume yang ringkas, padat dan menarik. Ini kerana, resume yang ringkas dan lengkap akan menarik minat para majikan untuk temuduga sekaligus meningkatkan peluang untuk memperolehi pekerjaan tersebut.
Tarikh |
: 06 Julai 2023 |
Masa |
: 9.30 pagi – 12.30 tengahari |
Peserta |
: 7 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
EmpowerNCER Bandar Baharu dengan objektif telah mengadakan platform untuk bantuan permulaan perniagaan di bawah Pendaftaran Program empowerNCER Bandar Baharu. Temuduga terbuka bagi lepasan SPM/Kolej/Uni | Ibu/Bapa Tunggal/ Suri Rumah & Kumpulan B40 dengan lingkungan umur dari 19 Tahun hingga 50 tahun.
Aktiviti
PEDi Pekan Bandar Baharu telah membuat promosi perkhidmatan temuduga bersama empowerNCER Bandar Baharu.
Tarikh |
: 22 Jun 2023 |
Masa |
: 11.00 pagi – 12.45 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Memberi taklimat kepada peserta tentang cara-cara yang betul sebelum menghadiri temuduga pekerjaan.
Aktiviti
Dalam taklimat ini peserta diterangkan tentang cara-cara yang betul sewaktu menghadiri temuduga pekerjaan. Sebelum menghadiri temuduga peserta wajib mengemaskini resume yang terkini. Peserta juga perlu membuat sedikit kajian mengenai syarikat atau organisasi yang akan ditemuduga supaya proses temuduga berjalan dengan lancar. Peserta harus memakai pakaian yang bersesuaian semasa menghadiri temuduga ini. Selepas menghadiri temuduga peserta digalakkan untuk bertanya mengenai hasil dari temuduga yang telah dilakukan sekurang-kurangnya selepas dua minggu dari tarikh temuduga. Diakhir kelas peserta diberikan contoh-contoh video cara-cara menjawab soalan-soalan dari penemuduga.
Tarikh |
: 04 Julai 2023 |
Masa |
: 2.00 patang – 4 00 petang |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.
Tarikh |
: 19 Jun 2023 |
Masa |
: 11.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Memberi taklimat kepada usahawan mengenai asas pengurusan sumber manusia yang penting seperti pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan dan pengurusan gaji.
Aktiviti
Dalam taklimat ini usahawan didedahkan tentang kepentingan asas pengurusan sumber manusia bagi IKS untuk kestabilan sebuah syarikat. Ini kerana, proses pengambilan pekerja harus dilakukan dengan teliti untuk menentukan pekerja tersebut mampu melaksanakan tugas yang diberikan. Selain itu, kontrak perkhidmatan juga penting untuk menjaga kepentingan diantara majikan dan pekerja. Di samping dapat membentuk pekerja yang berdisiplin kerana terikat dengan peraturan yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan. Pengurusan gaji juga harus dilakukan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan untuk mengekalkan kesejahteraan di antara majikan dan pekerja.