Tarikh

:  01 Ogos 2023

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  1 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu 

 

Tujuan :

Menjadikan ICT dan Internet sebagai medium untuk mempromosi produk yang diusahakan oleh usahawan setempat.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat mengenai maksud blog dan fungsi blog. Kemudian, peserta membuat akaun email menggunakan Gmail. Seterusnya, peserta diajar cara membina blog yang baru. Selain itu, peserta juga diajar menguruskan blog, membina pautan, jaringan dan iklan.

Gambar disini

Tarikh

:  26 Julai 2023

Masa

:  11.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  1 orang

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Memberi taklimat kepada usahawan untuk tetapan minda supaya menjadi usahawan yang berjaya.

Aktiviti

Dalam taklimat ini usahawan didedahkan mengapa mindset usahawan itu penting. Ciri-ciri mindset usahawan ialah mempunyai komitment yang tinggi, yakin diri dan optimistic, berani mengambil risiko, dan tabah mengahadapi cabaran. Selain itu, turut dikongsi cara memperkukuhkan mindset seperti membuang segala pemikiran negatif atau tukar dan menjadikan ia positif, meminta nasihat dari orang yang lebih berpengalaman atau belajar dan menimba ilmu dibidang yang diceburi, dan meluangkan masa bersama orang-orang di dalam bidang yang sama.

Gambar disini

Tarikh

:  12 Julai 2023

Masa

:  10.00 pagi – 4.40 petang

Peserta

:   34 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu

 

Tujuan

Tujuan kajian ini untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan PEDi.

Aktiviti

Para peserta ditemuduga oleh penemuduga dari TM-Merdeka Centre.

Pertugas PEDi Pekan Bandar Baharu memberi taklimat ringkas Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta yang hadir tentang Penipuan Atas Talian. Peserta dinasihatkan lebih berhati-hati semasa melakukan sebarang pembelian dan pembayaran secara atas talian untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Gambar disini

Tarikh

:  22 Julai 2023

Masa

:  4.45 petang – 5.45 petang

Peserta

:  1

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Kelas Matematik darjah 2 dan 3.

Aktiviti

Program e-tuisyen untuk pelajar tahun 2 dan 3 bersama Cikgu Wanie. Pelajar di ajar cara mengenalpasti nilai tempat dan bundarkan nombor. Selain itu, pelajar juga di beri latihan berkaitan supaya lebih memahami pelajaran yang diajar.

Gambar disini

Tarikh

:  17 & 18 Julai 2023

Masa

:  8.00 pagi – 2.00 petang

Pengunjung

:  79 orang

Lokasi

: Kolej Komuniti Bandar Baharu 

 

Tujuan

Memperkenalkan PEDi Kluster Bandar Baharu kepada penduduk setempat.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran agensi, pemeriksaan kesihatan percuma, CSR Servis motosikal dan lain-lain. Di booth PEDi Kluster Bandar Baharu telah mengadakan kuiz ICT online menggunakan aplikasi https://kahoot.it/ dan games ICT online menggunakan aplikasi https://thewordsearch.com/ . Peserta yang berjaya diberi hadiah/ cenderahati dari PEDi Kluster Bandar Baharu. Peserta juga diberi taklimat ringkas KDB seperti Siber Buli, Penipuan Dalam Talian dan Tidak Pasti Jangan Kongsi. Di akhir acara penyampaian sijil kepada agensi dan hadiah kepada pemenang.