Tarikh

:  11 Jun 2023

Masa

:  8.00 pagi – 2.00 petang

Pengunjung

:  500 orang

Lokasi

: Dataran Pekan Bandar Baharu 

Tujuan

Membantu perkembangkan perniagaan usahawan setempat.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan seperti senamrobik, demo Silat Gayung Pusaka Malaysia, Pertandingan Mewarna Pra Sekolah, Pertandingan Masak ‘Serawa’, Jualan Rahmah dari FAMA Kulim Bandar Baharu, PPK Bandar Baharu, Usahawan Peladangnita, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kedah dan usahawan IKS tempatan. Selain itu, terdapat pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan daripada Jabatan Penerangan Malaysia, IPD Bandar Baharu, AADK Bandar Baharu, Jabatan Penjara SPS, Pusat Ekonomi Digital, Zakat Bandar Baharu dan Puspanita Bandar Baharu. Terdapat juga pakej servis motosikal percuma (tukar minyak hitam) terhad 30 buah motorsikal oleh Kolej Komuniti Bandar Baharu dan pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu. Majlis dirasmikan oleh YB Menteri Dalam Negeri Malaysia. Di akhir majlis penyampaian hadiah kepada peserta Pertandingan Masak ‘Serawa’ dan Pertandingan Mewarna Pra Sekolah.

Gambar disini

Tarikh

:  06 Jun 2023

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  4 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu 

 

Tujuan

Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.

Aktiviti

Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.

Gambar disini

Tarikh

:  02 Jun 2023

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  1 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu


Tujuan

Kesedaran dan galakan penggunaan internet untuk pembelajaran.

Aktiviti

Peserta diajar cara mencari maklumat menggunakan internet dan mencatat hasil pencarian. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan Google Translate dan Latih Tubi.

Gambar disini

Tarikh

:  04 Jun 2023

Masa

:  2.00 petang – 4.00 petang

Peserta

:  1 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu 

 

Tujuan

Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.

Aktiviti

Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.

Gambar disini

Tarikh

:  29 Mei 2023

Masa

:  10.00 pagi – 11.00 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi, Rakan Digital dan

   Usahawan PEDi

Lokasi

:  Microsoft Team Live Event


Tujuan

Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada usahawan PEDi dan cara mendaftar lesen SSM secara atas talian .

Aktiviti

Peserta diberi taklimat tentang cara-cara pendaftaran lesen SSM secara atas talian melalui laman web https://ezbiz.ssm.com.my. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran lesen SSM secara atas talian. Selain itu, turut diterangkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini ialah inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.

Gambar disini