Farmstay Relau terletak di Bandar Baharu, Kedah (sempadan dengan Sungai Bakap, Pulau Pinang). Lokasi ini menjadi viral dan mula dikunjungi ramai setelah dibuka baru-baru ini.
Nikmati keindahan alam dengan bermandi manda di kolam renang di tepi bukit, menginap di chalet rumah yang bercirikan rekabentuk tradisional, merentasi dusun buah-buahan atau durian serta kebun sayuran juga pelbagai aktiviti menarik menanti bakal pengunjung di sini.
Kolam renang Farmstay Relau dibuka setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad. Terdapat 2 sesi waktu operasi iaitu sesi 1 dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan sesi 2 dibuka dari jam 4.00 petang hingga 7.00 petang. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan untuk dewasa sebanyak RM5.00 seorang dan untuk kanak-kanak sebanyak RM3.00 seorang. Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah tiada bayaran dikenakan. Pakaian renang yang dipakai hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menutup aurat.
Untuk tempahan boleh hubungi 012-4580853.
Farmstay Relau
Kolam Renang Chalet