Tarikh |
: 21 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Peserta |
: Petugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang awam supaya menggunakan media sosial dengan bertangjungjawab kerana setiap perbuatan yang dilakukan akan meninggalkan ‘Jejak Digital’.
Aktiviti
Program Bicara KDB Membina Reputasi Digital ini memberi kesedaran kepada orang awam supaya menggunakan media sosial dengan bertangjungjawab.Reputasi Digital bermaksud tafsiran atau anggapan orang lain kesan ‘Jejak Digital’ yang dihasilkan oleh semua perkara dilakukan dan diperkatakan atas talian, serta apa yang orang lain siar tentang diri kita.
Turut dikongsikan tips membersihkan reputasi digital seperti ketetapan privasi, padam mesej negatif, menurunkan pautan, untag diri anda, laporkan pada pentadbir laman, dan kemaskini rakan dalam talian.
Tarikh |
: 19 Ogos 2023 |
Masa |
: 5.00 petang – 6.00 petang |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan :
Cara melakukan pengurusan jenama strategik.
Aktiviti
Peserta diajar cara mencipta dan mengurus eleman jenama untuk mencipta strategi jenama untuk penyampaian objektif perniagaan. Membuat pemacu jenama, elemen jenama dan buku jenama untuk mencetuskan pengaktifan pelanggan dengan komunikasi pemasaran. Peserta dibimbing tentang cara menggunakan pelajaran ini untuk mengaktifkan orang dan mengembangkan perniagaan.
Tarikh |
: 18 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.00 tengahari |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan :
Menjadikan ICT dan Internet sebagai medium untuk mempromosi produk yang diusahakan oleh usahawan setempat.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat mengenai maksud blog dan fungsi blog dan kemudian membuat akaun email menggunakan Gmail. Peserta diajar cara membina blog yang baru dan juga diajar menguruskan blog, membina pautan, jaringan dan iklan.
Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.
Tarikh |
: 19 Ogos 2023 |
Masa |
: 4.00 petang – 5.00 petang |
Pengunjung |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Latihan terbangkan drone.
Aktiviti
Peserta di ajar cara mengawal alat kawalan drone yang betul supaya drone dapat diterbangkan dengan baik. Selain itu, langkah-langkah keselamatan juga diambil kira supaya mengelakkan terjadi sebarang kecederaan samaada kepada pengguna atau orang awam.
Tarikh |
: 16 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 4 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi taklimat kepada belia dan lepasan sekolah tentang cara menulis resume yang betul dan menarik.
Aktiviti
Dalam taklimat ini belia dan lepasan sekolah diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menulis resume yang ringkas, padat dan menarik. Ini kerana, resume yang ringkas dan lengkap akan menarik minat para majikan untuk temuduga sekaligus meningkatkan peluang untuk memperolehi pekerjaan tersebut.