Tarikh |
: 25 Mei 2023 |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Peserta |
: 50 orang |
Lokasi |
: Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu |
Tujuan
Taklimat pencegahan jenayah dan scammer serta perkongsian maklumat untuk keselamatan diri.
Aktiviti
Program dimulai dengan ucapan aluan oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu. Pihak IPD Bandar Baharu memberi taklimat mengenai cara untuk mencegah jenayah dan mengelakkan menjadi mangsa scammer. Seterusnya, Pengurus PEDi Pekan Bandar Baharu memberi taklimat cara melindungi maklumat peribadi secara atas talian untuk mengelakkan penipuan kewangan, kecurian identiti dan sebagainya. Di akhir taklimat Pengurus PEDi mengadakan sesi soal jawab untuk memastikan peserta yang hadir faham info yang telah diberikan. Peserta yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah saguhati.
Tarikh |
: 14 Mei 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 2.00 petang |
Peserta |
: 6 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi latihan kepada usahawan untuk mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi TikTok.
Aktiviti
Dalam latihan ini peserta di ajar cara asas memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Untuk permulaan peserta diajar cara mengaktifkan TikTok Shop dan cara untuk memuat naik gambar produk. Selain itu, peserta juga diajar cara setup pilihan shipping, uruskan pesanan dari pelanggan, cara pautkan akaun bank dan cara menggunakan marketing tool yang terdapat dalam aplikasi TikTok.
Tarikh |
: 25 Mei 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan :
Menjadikan ICT dan Internet sebagai medium untuk mempromosi produk yang diusahakan oleh usahawan setempat.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat mengenai maksud blog dan fungsi blog. Kemudian, peserta membuat akaun email menggunakan Gmail. Seterusnya, peserta diajar cara membina blog yang baru. Selain itu, peserta juga diajar menguruskan blog, membina pautan, jaringan dan iklan.
Tarikh |
: 15 Mei 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 1.00 petang |
Peserta |
: 7 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi latihan kepada usahawan untuk mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi TikTok.
Aktiviti
Dalam latihan ini peserta di ajar cara asas memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Untuk permulaan peserta diajar cara mengaktifkan TikTok Shop dan cara untuk memuat naik gambar produk. Selain itu, peserta juga diajar cara setup pilihan shipping, uruskan pesanan dari pelanggan, cara pautkan akaun bank dan cara menggunakan marketing tool yang terdapat dalam aplikasi TikTok.
Tarikh |
: 24 Mei 2023 |
Masa |
: 2.00 patang – 4 00 petang |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.