Farmstay Relau terletak di Bandar Baharu, Kedah (sempadan dengan Sungai Bakap, Pulau Pinang). Lokasi ini menjadi viral dan mula dikunjungi ramai setelah dibuka baru-baru ini.

Nikmati keindahan alam dengan bermandi manda di kolam renang di tepi bukit, menginap di chalet rumah yang bercirikan rekabentuk tradisional, merentasi dusun buah-buahan atau durian serta kebun sayuran juga pelbagai aktiviti menarik menanti bakal pengunjung di sini.

Kolam renang Farmstay Relau dibuka setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad. Terdapat 2 sesi waktu operasi iaitu sesi 1 dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan sesi 2 dibuka dari jam 4.00 petang hingga 7.00 petang. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan untuk dewasa sebanyak RM5.00 seorang dan untuk kanak-kanak sebanyak RM3.00 seorang. Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah tiada bayaran dikenakan. Pakaian renang yang dipakai hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menutup aurat.

Untuk tempahan boleh hubungi 012-4580853.

 

homestay relau1

Farmstay Relau

homestay relau3  homestay relau4

                                Kolam Renang                                                     Chalet 

 

Bagi yang aktif hiking boleh mendaki laluan yang mencabar sejauh 2.6 kilometer di Bukit Angin Bandar Baharu Kedah.

Di Puncak Bukit Angin ini, dapat dilihat pemandangan tiga negeri bersempadan iaitu Bandar Baharu di Kedah, Parit Buntar di Perak dan Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Aktiviti mendaki ini memberikan ketenangan kepada kita selain dapat menikmati suasana nyaman seperti yang dapat dinikmati di Puncak Bukit Angin ini.

Sumber : https://www.buletintv3.my

hqdefault

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=UnRN5VwoLvk

Santai D Keda Village terletak di Kampung Keda Sungai Kechil Ilir 300. Dibuka jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam dari hari Selasa hingga Ahad (hari Isnin tutup). Menu utama disini ialah Set Talapia Goreng yang mana ikan talapia segar yang dipancing terus dari kolam tersebut. Terdapat juga menu sampingan yang lain seperti nasi ayam, mee, bihun laksa dan lain-lain.

Keistimewaan Santai D Keda Village ini ialah pelanggan boleh memancing ikan di kolam-kolam yang disediakan dengan bayaran RM 20.00 seorang. Kolam ikan untuk memancing dibuka dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

d keda village6 d keda village

d keda village4 d keda village2

Pasar Kemboja Bandar Baharu mula beroperasi semula pada 22 Januari 2022. Pasar ini terletak di Dataran Bandar Baharu berhampiran pinggiran Sungai Kerian. Pasar Kemboja Bandar Baharu dibuka pada setiap hari Sabtu.

Terdapat perbagai jenis pakaian dari fesyen terkini disini seperti pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak dijual dengan harga yang berpatutan.

Semoga pembukaan Pasar Kemboja Bandar Baharu membawa manfaat kepada semua terutamanya pengusaha-pembeli. Diharapkan Bandar Baharu bakal menghiasi peta sebagai zon perniagaan borong dan jualan murah seterusnya meningkatkan kedatangan pengunjung ke negeri Kedah. Pembukaan di lokasi ini juga diharapkan membawa tempias kepada penduduk tempatan dalam sama-sama menjana ekonomi dan meningkatkan sumber pendapatan.

 

WhatsApp Image 2022-01-30 at 9.03.14 AM  WhatsApp Image 2022-01-30 at 9.03.15 AM

Pasar Kemboja Bandar Baharu

Bukit Limau Permatang Kerat Telunjuk

Bukit Limau atau yg dahulunya dipanggil Bukit Banglo yg terletak di Kampung Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu Kedah kini semakin mendapat tempat di hati para penggemar aktiviti hiking. Trek ini juga amat popular dgn aktiviti berbasikal(mtb). Perjalanan sekitar 15minit sahaja dari pekan lama Parit Buntar Perak.

Rujukan Lokasi: Masuk lorong sebelah Sek Rendah Permatang Kerat Telunjuk.

bukit limau bukit limau2

Sub-kategori