Tarikh |
: 20 September 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Pengunjung |
: 5 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Temuduga untuk jawatan Rakan Digital PEDi Pekan Bandar Baharu.
Aktiviti
Sesi temuduga untuk jawatan kosong Rakan Digital di PEDi Pekan Bandar Baharu. Antara tugas Rakan Digital adalah sebagai Duta Digital untuk usahawan kecil yang memerlukan maklumat atau butiran serta membimbing usahawan untuk menaiktaraf perniagaan dengan menggunakan platform digital. Selain itu, Rakan Digital juga akan mengendalikan program latihan keusahawanan digital berdasarkan modul dan sasaran yang telah ditetapkan.
Tarikh |
: 17 September 2023 |
Masa |
: 8.00 pagi – 1.00 petang |
Pengunjung |
: 150 orang |
Lokasi |
: PD Kg Permatang Pasir |
Tujuan
Memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda supaya permainan ini terus diwujudkan.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Bowling Kelapa, Pertandingan Tuju Guli, Pertandingan Congkak, Pertandingan Kukuq Nyoq, Pertandingan Batu Seremban, Pertandingan Pakaian Tema Merdeka, Pertandingan Basikal Berhias dan Pertandingan Teng-Teng. Selain itu, agensi dari Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan menyediakan pameran dan perkhidmatan pemeriksaan gigi dan ujian saringan. Pihak Yakult turut menyediakan minuman percuma untuk tetamu yang hadir. Diakhir program, diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tarikh |
: 04 September 2023 |
Masa |
: 4.00 petang – 5.00 petang |
Pengunjung |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Latihan menggunakan alat automatik pemasaran.
Aktiviti
Peserta di ajar cara menggunakan Tools Automation Marketing untuk pemasaran secara atas talian.
Tarikh |
: 10 September 2023 |
Masa |
: 11.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan :
Cara melakukan pengurusan jenama strategik.
Aktiviti
Peserta diajar cara mencipta dan mengurus eleman jenama untuk mencipta strategi jenama untuk penyampaian objektif perniagaan. Membuat pemacu jenama, elemen jenama dan buku jenama untuk mencetuskan pengaktifan pelanggan dengan komunikasi pemasaran. Peserta dibimbing tentang cara menggunakan pelajaran ini untuk mengaktifkan orang dan mengembangkan perniagaan.
Tarikh |
: 03 September 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Peserta mengikuti kelas secara atas talian bagi mendapatkan sijil sebagai seorang jurulatih dari platform JTK / JPK. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.