Pada masa ini belum ada lagi tempat riadah bagi penduduk di Pekan Bandar Baharu dan daerah ini amnya. Namun di selatan Daerah Bandar Baharu iaitu kira-kira 25 km dari pusat pentadbiran bagi Daerah Bandar Baharu terdapat beberapa tempat pelancongan.


Projek ini dijalankan memandangkan kawasan ini berpotensi untuk dimajukan kerana disitulah diadakan acara tradisi sukan sungai bagi tiga daerah bersempadan iaitu Daerah Kerian, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Daerah Bandar Baharu sendiri.  Di sungai itu juga merupakan tumpuan pemancing untuk memancing dan merupakan antara sungai yang kaya dengan udang galahnya dan Ikan Kelisa Emas di Malaysia

Pihak Majlis telah mengambil kesempatan atas projek JPS yang membina 'ban' sepanjang 400 m di Tebing Sungai Kerian bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku pada musim tengkujuh, yang mana pihak Majlis telah menerima peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bagi menjalankan projek di Tebing Sungai Kerian seperti membina wakaf, menyediakan tapak penjaja, membina ruang pejalan kaki dan pemasangan lampu hiasan di tebing tersebut.

Adalah menjadi harapan pihak Majlis agar dengan adanya tempat riadah di situ, maka ianya akan menjadi tumpuan penduduk setempat dan penduduk di daerah lain amnya.

Tebing Sungai Kerian