BELAJAR MENGGUNAKAN ZOOM, GOOGLE MEET DAN YUOTUBE LIVE.
Nama |
: Tuan Haji Jamil Bin Abd Samad |
Umur |
: 67 tahun |
Ahli |
: 2021 |
Latar belakang
Pesara guru yang masih aktif sebagai NGO. Beliau juga aktif membantu para pelajar OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah pendidikan khas vokasional di Sg Petani, Kedah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau merupakan Yang Dipertua PIBG, kebiasaannya melakukan ucapan, perasmian dan mesyuarat secara off line.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
PIK Bandar Baharu membantu mengaturkan secara teknikal dan memberikan khidmat nasihat apabila Beliau perlu menggunakan kemudahan mesyuarat secara online.
USAHAWAN MENJAHIT DAN MENJUAL PAKAIAN
Nama |
: Pn. Sabariah Binti Saari |
Umur |
: 44 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Pn Sabariah merupakan penduduk Bandar Baharu, Kedah dan perniaga yang menjalankan perniagaan Menjahit dan Menjual Pakaian di kedai MARA Parit Buntar, Perak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Pn Sabariah menjalankan perniagaan beliau di Kedai milik MARA. Beliau memerlukan suntikan dana, bagi memantu perniagaan beliau semasa peristiwa COVID 19.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
PIM Bandar Baharu memiliki hubungan baik dengan Pihak Pejabat MARA Daerah Bandar Baharu, sering berkongsikan berita atau info berkenaan Pembangunan Usahawan yang dijalankan oleh Agensi-agensi Kerajaan. Melalui Pn Nazirah, Agensi MARA telah menerbitkan beberapa info untuk membantu usahawan yang terjejas ketika Covid 19, Skim SPAK (Skim Kemudahan Pembiayaan Pengukuhan Perniagaan MARA). Pihak PIM Bandar Baharu memiliki beberapa WhatsApp Group Kelompok Usahawan yang dapat membantu agensi-agensi kerajaan untuk salurkan maklumat sehingga ke akar umbi. Pn Sabariah telah menerima maklumat yang dikongsi tersebut melalui Rakan-rakannya yang telah menerima info yang telah PIM Bandar Baharu kongsikan.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MRNCETAK
Nama |
: Muhammad Sabir Iman Bin Babah |
Umur |
: 20 tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Muhammad Sabir Iman ialah pelajar Kolej Komuniti Bandar Baharu yang perlu melengkapkan dokumentasi bagi mendapatkan Sijil Automotif mengikut silibus yang ditetapkan oleh kolej.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Muhammad Sabir Iman tidak begitu mahir dalam penggunaan software untuk dokumentasi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT bersama Pusat Internet Bandar Baharu, Muhammad Sabir Iman mulai berjaya membina dokumentasi dengan lebih kemas. Pusat Internet Bandar Baharu banyak menunjukkan teknik menjimatkan ruang apabila menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MRNCETAK
Nama |
: Haji Ahmad Shah Bin Hamid |
Umur |
: 62 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Hj Ahmad Shah merupakan seorang bekas penjawat awam, yang sebelum ini telah bertugas sebagai seorang penghulu di daerah Kerian, Perak. Kini beliau merupakan seorang Pengerusi Koperasi Jabatan Parit Saliran, Perak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum hadir ke Pusat Internet Malaysia (PIM) Bandar Baharu, Penghulu Hj Ahmad Shah sering mengikuti aktiviti dan kelas di Pusat Internet Malaysia Taman Seri Tenggara, Perak. Beliau telah belajar banyak perkara disitu. Namun setelah ditutup, Penghulu akan hadir ke PIM Bandar Baharu untuk menggunakan khidmat dan nasihat di sini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Antara kemahiran dan kejayaan yang berjaya dikuasai dan digunakan kini, oleh Penghulu Ahmad Shah bagi membantu operasi Koperasi yang beliau uruskan adalah, Kaedah Penyimpanan Dokumen, Kaedah Memindahkan Dokumen, Kaedah Menyusun Atur Data dan Dokumen di SmartPhone dan Komputer.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENULIS BAHASA INGGERIS
Nama |
: Mohd Asri Bin Mohd Thomir |
Umur |
: 11 tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Mohd Asri pelajar tahun 5 yang datang ke Pusat Internet Bandar Baharu untuk menggunakan kemudahan yang ada dan dilatih Bahasa Inggeris.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan kemudahan di Pusat Internet Bandar Baharu, pelajar ini tidak mahir menggunakan aplikasi-aplikasi dan platform Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mohd Asri kini boleh menggunakan kemudahan internet dan berani untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan menggunakan kemudahan internet yang disediakan di Pusat Internet Bandar Baharu.