NADI x Keusahawanan.
Program pembangunan perniagaan usahawan NADI yang memberi fokus kepada pembangunan kompetensi dan peningkatan kemahiran usahawan.
Peluang terbesar kepada semua yang terdiri daripada golongan belia ke atas dan berdaftar dengan NADI.

Inisiatif NADI x Kesedaran
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan masyarakat mengenai keselamatan digital dan pencegahan penipuan.

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Ini adalah inisiatif yang komprehensif bertujuan untuk memperkasa individu melalui pelbagai program pembelajaran sama ada dari sudut digital mahupun softskil.

 NADI x Kesejahteraan Kendiri.

Memanfaatkan jaringan jalur lebat untuk memberikan akses kesihatan yang lebih baik melalui inovasi teknologi.

NADI x Inisiatif Kerajaan.
Program yang dilaksanakan oleh NADI untuk menyebarkan maklumat kepada penduduk yang disekitar NADI bagi memastikan bahawa semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada maklumat yang penting dan tepat mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan.