Tarikh

:  05 Oktober 2023

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  3 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu 

 

Tujuan

Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.

Aktiviti

Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.

Gambar disini

Tarikh

:  01 Oktober 2023

Masa

:  9.00 pagi – 4.30 petang

Pengunjung

: 129 orang

Lokasi

:  Masjid Al-Falah Kg. Sg. Tengas 

 

Tujuan

Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat dan menambahkan bilangan ahli PEDi.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti Kuiz Stem / IOT Online, Kuiz ICT Online, Puzzle Online dan Word Search Online. Selain itu, turut diadakan taklimat advokasi dan KDB mengenai Oversharing dan Keselamatan dalam penggunaan internet. Selain itu terdapat juga pameran dari agensi seperti Bomba, JPAM, AADK, KWSP, Zakat Kedah, Tabung Haji, RISDA dan Perkeso. Turut diadakan Perarakan Maulidur Rasul, Pertandingan Azan Kanak-Kanak, Mewarna Kanak-Kanak, Motorcross Tercantik, Gerai Jualan Tercantik, Gubahan Bunga Tercantik, Menghias Pulut Kuning, Pemeriksaan Kesihatan percuma dan Persembahan Qasidah dari Maahad Tahfiz Al-Yamani Selama Perak.

Gambar disini

Tarikh

:  05 September 2023

Masa

:  2.00 petang – 5.00 petang

Peserta

:  25 orang

Lokasi

:  PEDi Sungai Batu


Tujuan

Memberi latihan kepada usahawan untuk mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi TikTok.

Aktiviti

Dalam latihan ini peserta di ajar cara asas memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Untuk permulaan peserta diajar cara mengaktifkan TikTok Shop dan cara untuk memuat naik gambar produk. Selain itu, peserta juga diajar cara setup pilihan shipping, uruskan pesanan dari pelanggan, cara pautkan akaun bank dan cara menggunakan marketing tool yang terdapat dalam aplikasi TikTok.

Gambar disini

Tarikh

:  27 September 2023

Masa

:  8.00 pagi – 1.00 petang

Pengunjung

: 108 orang

Lokasi

: Sek. Keb. Permatang Pasir 

 

Tujuan

Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat dan menambahkan bilangan ahli PEDi.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti Kuiz ICT Online, Puzzle Online dan Word Search Online. Turut diadakan taklimat advokasi dan KDB. Selain itu, terdapat pameran dari agensi seperti Perpustakaan Desa Permatang Pasir, APAM, AADK dan Klinik Kesihatan Bandar Baharu. Antara aktiviti diadalan Permainan Teng-Teng, Roda Keselamatan, ‘Obstacle Pool’ dan ‘Giant Puzzle’. Di akhir acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gambar disini

Tarikh

:  25 September 2023

Masa

:  10.00 pagi – 11.30 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi, Rakan Digital dan

   Usahawan PEDi

Lokasi

:  Microsoft Team Live Event


Tujuan

Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada usahawan PEDi dan cara mendaftar lesen SSM secara atas talian .

Aktiviti

Peserta diberi taklimat tentang cara-cara pendaftaran lesen SSM secara atas talian melalui laman web https://ezbiz.ssm.com.my. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran lesen SSM secara atas talian. Selain itu, turut diterangkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini ialah inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.

Gambar disini