OBJEKTIF PEJABAT DAERAH BANDAR BAHARU

  • Membantu melicinkan urusan pentadbiran peringkat Daerah
  • Membangunkan rohani dan juga jasmani wsrga Bandar Baharu
  • Membantu menikatkan taraf hidup dan sosioekonomi warga Bandar Baharu
  • Menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan
  • Mendukung aspirasi
  • Menjadi pelopor kepada perpaduan

OBJEKTIF PEJABAT TANAH BANDAR BAHARU

  • Mewujudkan dan melaksanakan satu sistem pentadbiran tanah yang cekap dan berkesan.
  • Merancang pelupusan tanah dan memastikan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan negeri.
  • Mewujudkan penguatkuasaan unduang-undang tanah yang cekap dan berkesan.
  • Membantu mewujudkan dasar tanah yang lebih adil dan dinamik agar menguntungkan dan memberi kesejahteraan serta kesempurnaan kepada rakyat selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri Kedah.

 

pdtbb

PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DAERAH BANDAR BAHARU

 

Bermula pada bulan Januari 2011, Pejabat Penerangan yang sebelum ini beroperasi di bandar Serdang, Kedah, kini kembali beroperasi semula di bangunan asal di Pekan Bandar Baharu berhampiran dengan padang tapak pasar malam. Dengan kewujudan Pejabat Penerangan ini, maka penduduk setempat akan mendapat manfaat serta maklumat yang terkini melalui program yang dijalankan. 

 

japen bb

 

Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu

 Tragedi Feri Karam di Sungai Kerian

Dahulu Bandar Baharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya dahulu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Feri ini perlu menyeberang Sungai Kerian sejauh hampir 100 meter dengan 20 minit perjalanan.

Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja perkhidmatan atau laluan yang menghubungkan antara Pekan Bandar Baharu dan Pekan Parit Buntar.

Semasa peristiwa itu berlaku pada 13 September 1972 jam 7 pagi, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus.

Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras.


ferikaram

Gambar Tragedi 13 September 1972



Pada ketika itu, mendiang S Annamalai iaitu pemandu feri tersebut telah bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa.. Beliau telah terkorban akibat terlalu penat menyelamatkan 7 orang pelajar..

Walau bagaimana pun kejadian ini telah mengorbankan 27 orang termasuk 25 pelajar.. 17 daripada pelajar itu merupakan pelajar Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian.

Kejadian ini menyebabkankan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta merta. Ianya digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya.

Sumbar :themalaysiainsider.com dan harian metro Ahad (13 September 2015)

ASAL USUL DAERAH BANDAR BAHARU


Menurut sumber lisan, Daerah Bandar Baharu dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Haji Ali. Haji Ali merupakan Orang Rao dan seorang yang kaya. Beliau tinggal di Kampung Permatang Pasir. Setiap kali ingin keluar ke pekan, beliau akan mengupah seorang Cina untuk membawanya dengan menaiki lanca ke tebing Sungai Kerian. Kemudian beliau akan mendayung sampan menuju ke destinasi yang diingininya. Pada masa itu juga terdapat kemudahan kereta kuda yang digunakan untuk pengangkutan jarak jauh.


Dahulunya, Bandar Baharu tidak mempunyai Pegawai Daerah. Ia ditadbir oleh seorang penghulu. Penghulu yang pertama ialah Penghulu Ahmad yang bertugas di kawasan Bagan Samak. Semasa beliau mentadbir kawasan tersebut, beliau telah mati ditembak oleh orang yang tidak dikenali dan tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Selepas peristiwa itu, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid merancang untuk datang ke Pengkalan Haji Ali. Tetapi, baginda tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu dan mengarahkan Tengku Sulong menggantikan tempatnya. Gelaran Sultan masa itu ialah Yang Amat Mulia Tuan. Selepas kedatangan Tengku Sulong, baginda telah mengubah Pengkalan Haji Ali kepada Jajahan Bandar Baharu.

 

Pinggiran Sungai Kerian