Tarikh

:  17 Jun 2023

Masa

:  4.45 petang – 5.45 petang

Peserta

:  1

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Kelas Matematik darjah 2 dan 3.

Aktiviti

Program e-tuisyen untuk pelajar tahun 2 dan 3 bersama Cikgu Wanie. Pelajar di ajar cara mengenalpasti nilai tempat dan bundarkan nombor. Selain itu, pelajar juga di beri latihan berkaitan supaya lebih memahami pelajaran yang diajar.

Gambar disini

Tarikh

15 Jun 2023

Masa

3.00 petang - 4.30 petang

Peserta

:  Petugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Memberi kesedaran kepada orang awam supaya melindungi kanak-kanak dari menjadi mangsa pengantunan dalam talian.

Aktiviti

Program Bicara KDB Lindungi Kanak-Kanak Dalam Pengantunan Dalam Talian ini memberi peringatan kepada orang awam supaya melindungi kanak-kanak dari menjadi mangsa. Pengantunan bermaksud mendapatkan kepercayaan dari kanak-kanak untuk tujuan penganiayaan seksual , keganasan, pemerdagangan manusia, jenayah dan penderaan masa depan. Perkara ini berlaku disebabkan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini perlu mengawal penggunaan media sosial anak-anak supaya dapat melindungi mereka dari menjadi mangsa.

Gambar disini

 

Tarikh

13 Jun 2023

Masa

:  3.00 petang - 5.00 petang

Peserta

2 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu 

 

Tujuan

Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.

Aktiviti

Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.

Gambar disini

Tarikh

:  13 Jun 2023

Masa

:  11.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  Komuniti setempat

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Memberi taklimat kepada usahawan mengenai kepentingan menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenal pasti perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.

Aktiviti

Dalam taklimat ini usahawan didedahkan tentang kepentingan menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenal pasti perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian. Peserta juga diberi penerangan maksud perakaunan dan jenis-jenis akaun untuk memudahkan usahawan membuat akaun perniagaan sendiri.

Gambar disini

Tarikh

:  12 Jun 2023

Masa

:  10.00 pagi – 2.00 petang

Peserta

:  13 orang

Lokasi

:  PKD Nagalilit


Tujuan

Memberi latihan kepada usahawan untuk mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi TikTok.

Aktiviti

Dalam latihan ini peserta di ajar cara asas memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Untuk permulaan peserta diajar cara mengaktifkan TikTok Shop dan cara untuk memuat naik gambar produk. Selain itu, peserta juga diajar cara setup pilihan shipping, uruskan pesanan dari pelanggan, cara pautkan akaun bank dan cara menggunakan marketing tool yang terdapat dalam aplikasi TikTok.

Gambar disini