Tarikh

:  30 Oktober 2023

Masa

:  8.30 pagi – 12.30 tengahari

Peserta

:  4 orang

Lokasi

:  Microsoft Team


Tujuan

Mendaftar lesen SSM secara atas talian .

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara pendaftaran lesen SSM secara atas talian melalui laman web https://ezbiz.ssm.com.my. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran lesen SSM secara atas talian. Selain itu, turut diterangkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini ialah inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.

Gambar disini

Tarikh

:  21 Oktober 2023

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  10 orang

Lokasi

:  Zoom Meeting 

 

Tujuan

Membantu peniaga dan usahawan untuk mengembangkan perniagaan menggunakan platform AI Kecerdasan Pengguna + Pengurus Iklan = OHSEMads.com

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan mengenai OHSEMads iaitu platform pemasaran data bersepadu yang membantu usahawan memanfaatkan kuasa AI untuk menganalisis pengguna memasarkan, membahagikan pelanggan dan mencipta profil khalayak yang berkuasa untuk iklan pada pengurus iklan yang popular. Platform ini menyediakan perkhidmatan Pengurusan Kandungan dan perkhidmatan Pengurusan Pengiklanan yang membantu usahawan membuat visual dan perancangan yang betul untuk kempen iklan.

Gambar disini

Tarikh

:  11 Oktober 2023

Masa

:  2.00 petang – 4.00 petang

Peserta

:  1 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu 


Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta atau pelajar cara untuk belajar dan mengingati pencarian menggunakan Bahasa Inggeris. Platform pelajaran adalah Google Translate. 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan cara menulis dan menghafal. Para pelajar semakin mahir untuk ingat apa yang mereka pelajari dari Internet. Pelajar mulai belajar menulis carian di Internet menggunakan Bahasa Inggeris. Pelajar diajar untuk menggunakan 50 sehingga 100 Verb dalam sehari. Pelajaran di jalankan secara berperingkat-peringkat, malah untuk Verb sahaja, Pusat Internet bersedia melatih mereka sehingga memasuki peperiksaan PT3. Pada had umur itu, para pelajar yang sederhana lemah akan menguasai 1000-2000 perkataan sahaja. Kemahiran ini diberikan secara berulang sehingga mereka mampu menguasai 5000 perkataan.

Gambar disini

Tarikh

:  19 Oktober 2023

Masa

:  9.30 pagi – 12.30 tengahari

Peserta

:  19 orang

Lokasi

:  PEDi Serdang 

 

Tujuan

- Perkembangkan perniagaan micro, kecil dan sederhana dengan penyelesaian digital.

- Pemasaran digital yang mudah, murah dan berkesan.

- Bersedia untuk dunia digital yang tanpa sempadan.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan mengenai Digital Marketing Solutions (DMS) iaitu strategi untuk memasarkan atau mempromosi sesuatu produk atau servis melalui media digital atas talian. Antara media digital yang digunakan Facebook, Instagram, Whatsapp Business dan lain-lain. Selain itu, Unifi Business juga membantu memberi cadangan kempen dan platform yang paling sesuai dengan objektif perniagaan serta melaporkan prestasi dan keberkesanan kempen perniagaan. Di akhir program sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta dan sesi bergambar.

Gambar disini

Tarikh

:  09 Oktober 2023

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  4 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu


Tujuan

Mendaftar lesen SSM secara atas talian .

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara pendaftaran lesen SSM secara atas talian melalui laman web https://ezbiz.ssm.com.my. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran lesen SSM secara atas talian. Selain itu, turut diterangkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini ialah inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.

Gambar disini