Tarikh |
: 04 November 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi latihan kepada belia dan lepasan sekolah tentang cara menulis resume yang betul dan menarik.
Aktiviti
Dalam latihan ini belia dan lepasan sekolah diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menulis resume yang ringkas, padat dan menarik. Ini kerana, resume yang ringkas dan lengkap akan menarik minat para majikan untuk temuduga sekaligus meningkatkan peluang untuk memperolehi pekerjaan tersebut.
Tarikh |
: 02 November 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan :
Cara melakukan pengurusan jenama strategik.
Aktiviti
Peserta diajar cara mencipta dan mengurus eleman jenama untuk mencipta strategi jenama untuk penyampaian objektif perniagaan. Membuat pemacu jenama, elemen jenama dan buku jenama untuk mencetuskan pengaktifan pelanggan dengan komunikasi pemasaran. Peserta dibimbing tentang cara menggunakan pelajaran ini untuk mengaktifkan orang dan mengembangkan perniagaan.
Tarikh |
: 30 Oktober 2023 |
Masa |
: 8.30 pagi – 12.30 tengahari |
Peserta |
: 4 orang |
Lokasi |
: Microsoft Team |
Tujuan
Mendaftar lesen SSM secara atas talian .
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara pendaftaran lesen SSM secara atas talian melalui laman web https://ezbiz.ssm.com.my. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran lesen SSM secara atas talian. Selain itu, turut diterangkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini ialah inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.
Tarikh |
: 01 November 2023 |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Peserta |
: 3 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.
Tarikh |
: 21 Oktober 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 10 orang |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Membantu peniaga dan usahawan untuk mengembangkan perniagaan menggunakan platform AI Kecerdasan Pengguna + Pengurus Iklan = OHSEMads.com
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan mengenai OHSEMads iaitu platform pemasaran data bersepadu yang membantu usahawan memanfaatkan kuasa AI untuk menganalisis pengguna memasarkan, membahagikan pelanggan dan mencipta profil khalayak yang berkuasa untuk iklan pada pengurus iklan yang popular. Platform ini menyediakan perkhidmatan Pengurusan Kandungan dan perkhidmatan Pengurusan Pengiklanan yang membantu usahawan membuat visual dan perancangan yang betul untuk kempen iklan.