Tarikh |
: 13 Disember 2023 |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Peserta |
: 11 orang |
Lokasi |
: Pejabat Persatuan PPPKM Bandar Baharu |
Tujuan
Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat dan menambahkan bilangan ahli PEDi.
Aktiviti
Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat terutamanya usahawan kecil dan sederhana. Membantu usahawan setempat untuk mempromosikan produk jualan mereka melalui pelbagai platform media sosial terkini.Usahawan juga dapat mengikuti kelas keusahawan seperti Marketing Digital, Copywriting dan lain-lain. Selain itu, turut diperkenalkan TM Unifi Business untuk membantu usahawan mempromosi perniagaaan ke semua aplikasi media sosial.
Tarikh |
: 06 Disember 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 4 |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Membantu pengguna menggunakan aplikasi di Smartphone dan komputer.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan asas fungsi aplikasi di dalam gajet. Selain itu, peserta diajar menyimpan dokumen dengan betul di dalam Smartphone dan komputer.
Tarikh |
: 22 November 2023 |
Masa |
: 3.00 petang – 4.00 petang |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan :
Menjadikan ICT dan Internet sebagai medium untuk mempromosi produk yang diusahakan oleh usahawan setempat.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat mengenai maksud blog dan fungsi blog dan kemudian membuat akaun email menggunakan Gmail. Peserta diajar cara membina blog yang baru dan juga diajar menguruskan blog, membina pautan, jaringan dan iklan.
Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.
Tarikh |
: 26 November 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: 18 |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Membantu usahawan mendaftar sebagai Vendor MISI.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan asas fungsi aplikasi MISI. Peserta diajar mendaftar akaun MISI terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai VENDOR MISI. Setelah selesai mendaftar akaun Vendor MISI peserta diajar cara memuatnaik gambar produk ke dalam aplikasi MISI. Peserta juga diajar cara menguruskan ‘order’ dan ‘refund’ dari pelanggan. Peserta dinasihatkan supaya sentiasa mempromosi dan kongsi link kedai VENDOR MISI di pelbagai platform media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli menggunakan aplikasi MISI ini.
Tarikh |
: 21 November 2023 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Menyusun atur data dan menyimpan dokumen.
Aktiviti
Peserta diajar kaedah penyimpanan dokumen dengan betul. Selain itu, peserta diajar cara memindahkan dokumen. Peserta juga di ajar kaedah menyusun atur data dan dokumen di Smartphone dan komputer.