Tarikh |
: 01 November 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan buruk akibat terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial.
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi serta aktiviti yang dilakukan secara sendirian di media sosial. Ini kerana, perbuatan terlebih kongsi ini akan membuatkan kita hilang privasi dan mengundang jenayah yang mengancam diri. Selain itu, perbuatan berkongsi maklumat peribadi di media sosial boleh menyebabkan berlakunya kecurian identiti. Kecurian identiti ini perkara yang sangat serius kerana penyamar akan menggunakan identiti kita untuk melakukan sesuatu jenayah serta akan mendatangkan masalah kepada kita di kemudian hari. Turut diberi peringatan supaya kita sentiasa berfikir baik dan buruk dahulu sebelum berkongsi apa-apa di media sosial supaya privasi kita sentiasa terjaga dan dilindungi.
Tarikh |
: 27 Oktober 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Pertugas PEDi, RD dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Program Bicara Klik Dengan Bijak membincangkan mengenai punca dan akibat daripada jenayah siber ini.
Aktiviti
Program Bicara KDB yang membincangkan tentang pelbagai jenis jenayah siber yang terdapat pada masa kini seperti taktik penipuan dalam talian seperti contoh tipu panggilan, scam pinjaman tidak wujud, Phising dan lain-lain. Sekiranya kita menerima panggilan yang mencurigakan dinasihatkan tamatkan segera panggilan tersebut dan membuat laporan polis. Selain itu terdapat juga serangan kejuruteraan sosial iaitu seni memanipulasi mangsa menerusi muslihat dan penipuan.
Tarikh |
: 18 Oktober 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi di dalam media sosial.
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi serta aktiviti yang dilakukan secara sendirian di media sosial. Ini kerana, perbuatan terlebih kongsi ini akan membuatkan kita hilang privasi dan mengundang jenayah yang mengancam diri. Turut diberi peringatan supaya kita sentiasa berfikir baik dan buruk dahulu sebelum berkongsi apa-apa di media sosial supaya privasi kita sentiasa terjaga dan dilindungi.
Tarikh |
: 22 Oktober 2022 |
Masa |
: 2.15 petang – 4.15 petang |
Peserta |
: 1 |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Kelas mereka web ringkas menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Kelas mereka web ringkas oleh Cikgu Nabilah. Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon dan domain yang terdapat serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mereka web ringkas masing-masing sambil dibimbing oleh Cikgu Nabilah.
Tarikh |
: 19 Oktober 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: Usahawan & komuniti Bandar Baharu |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi latihan kepada usahawan untuk mempromosikan produk dengan lebih menarik dan kreatif.
Aktiviti
Dalam latihan ini peserta di ajar cara teknik “copywriting” yang berkesan dan menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Peserta juga di ajar penggunaan ayat di dalam platform yang betul, kepentingan “Call To Action – CTA” dan konsep “AIDA” dalam “copywriting”. Akhir sekali, peserta diterangkan berkenaan konsep BMC dalam perniagaan.