Tarikh

:  16 Ogos 2022

Masa

:  8.00 pagi – 12.30 tengahari

Peserta

:  149 orang

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu


Tujuan

Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat untuk membantu usahawan disamping menggalakkan komuniti mendaftar sebagai ahli untuk menikmati kemudahan yang terdapat di PEDi.

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Walk memacak bendera sepanjang 1.5km, pertandingan Video Tiktok Merdeka dan acara Kuiz Spontan dari PEDi. Selain itu, terdapat jugak booth-booth pameran daripada agensi Jabatan Penerangan, Tabung Haji, SSM, Perpustakaan Desa permatang Pasir dan booth jualan oleh usahawan tempatan.Terdapat juga aktiviti yang lain seperti mewarna untuk pelajar tadika, sukaneka musang berjanggut, baling gelong dan bunny bowling.

Gambar disini

Tarikh

:  14 Ogos 2022

Masa

:  7.00 pagi – 12.30 tengahari

Peserta

:  295 orang

Lokasi

:  Masjid Al-Halimi Bandar Baharu


Tujuan

Menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan komuniti setempat disamping mengeratkan silaturrahim antara komuniti Daerah Bandar Baharu.

Aktiviti

Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti Acara Fun Walk Merdeka sepanjang 2.5km mengelilingi kampung-kampung di sekitar Bandar Baharu sambil menggebarkan jalur gemilang sebagai tanda semangat cintakan tanah air. Selain itu,aktiviti memacakkan jalur gemilang disepanjang jalan sepanjang 2.5km turut diadakan. Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti aktiviti mewarna pelajar tadika,pertandingan pudding @agar-agar merdeka dan gotong royong memasak bubur asyura. Turut diadakan demontrasi bantuan asas kecemasan oleh APM Bandar Baharu, taklimat mengenai e-report oleh PDRM Bandar Baharu dan pemeriksaan kesihatan oleh oleh pusat kesihatan Bandar Baharu.

Gambar disini

Tarikh

:  23 Julai 2022

Masa

:  2.15 petang – 3.15 petang

Peserta

:  1

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Kelas membuat poster menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

Kelas mencipta poster kreatif oleh Cikgu Nabilah. Peserta diajar pengenalan kepada aplikasi Canva dan cara mendaftar akaun Canva sendiri. Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon yang terdapat serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mereka poster kreatif masing-masing sambil dibimbing oleh Cikgu Nabilah.

Gambar disini

Tarikh

:  24 Julai 2022

Masa

:  3.30 petang – 4.30 petang

Peserta

:  1

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Kelas Bahasa Mandarin untuk semua peringkat umur.

Aktiviti

Program intensif istimewa kelas Bahasa Mandarin untuk golongan dewasa bersama Laoshi Nora. Laoshi Nora mengajar asas Bahasa Mandarin pengucapan seharian seperti pengenalan diri dan ahli keluarga.

Gambar disini

Tarikh

:  19 Julai 2022

Masa

:  10.00 pagi – 11..30 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai internet selamat atau tidak.

Aktiviti

Program Bicara KDB yang membincangkan tentang risiko penggunaan internet sebagai contoh menjadi mangsa serangan kejuruteraan sosial. Kejuruteraan sosial ialah seni memanipulasi mangsa menerusi muslihat dan penipuan supaya mangsa memberi maklumat sulit dan wang. Selain itu, terdapat beberapa jenayah siber yang lain seperti penipuan percintaan ‘love scam’, scam tawaran pekerjaan, ‘email scam’ dan ‘phising’. Pengguna boleh bertanya ke One Stop Centre yang betul untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah siber ini. Sebagai pengguna internet yang bijak kita jangan menyebarkan berita palsu kerana individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa Seksyen 505 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sebarang berita yang mencurigakan boleh disemak di laman web Sebenarnya.my.

Gambar disini