Tarikh |
: 01 November 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan buruk akibat terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial.
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi serta aktiviti yang dilakukan secara sendirian di media sosial. Ini kerana, perbuatan terlebih kongsi ini akan membuatkan kita hilang privasi dan mengundang jenayah yang mengancam diri. Selain itu, perbuatan berkongsi maklumat peribadi di media sosial boleh menyebabkan berlakunya kecurian identiti. Kecurian identiti ini perkara yang sangat serius kerana penyamar akan menggunakan identiti kita untuk melakukan sesuatu jenayah serta akan mendatangkan masalah kepada kita di kemudian hari. Turut diberi peringatan supaya kita sentiasa berfikir baik dan buruk dahulu sebelum berkongsi apa-apa di media sosial supaya privasi kita sentiasa terjaga dan dilindungi.