Tarikh |
: 17 Julai 2022 |
Masa |
: 3.30 petang – 4.30 petang |
Peserta |
: 1 |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Kelas Bahasa Mandarin untuk semua peringkat umur.
Aktiviti
Program intensif istimewa kelas Bahasa Mandarin untuk golongan dewasa bersama Laoshi Nora. Laoshi Nora mengajar asas Bahasa Mandarin pengucapan seharian dan pengiraan nombor.
Tarikh |
: 16 Julai 2022 |
Masa |
: 2.15 petang – 3.15 petang |
Peserta |
: 1 |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Kelas membuat poster menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Kelas mencipta poster kreatif oleh Cikgu Nabilah. Peserta diajar pengenalan kepada aplikasi Canva dan cara mendaftar akaun Canva sendiri. Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon yang terdapat serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mereka poster kreatif masing-masing sambil dibimbing oleh Cikgu Nabilah.
Tarikh |
: 26 Jun 2022 |
Masa |
: 9.30 pagi – 11.00 pagi |
Peserta |
: 1 |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Kelas Smart Smart English Tahun 1 2 3.
Aktiviti
Program intensid istimewa kelas Smart English untuk pelajar tahun 1, 2 dan 3 bersama Cikgu Sarah. Cikgu Sarah merupakan cikgu pelatih dan tutor separuh masa dan mempunyai pengalaman 4 tahun mengajar. Pelajar di ajar membaca petikan cerita dengan sebutan ayat yang betul. Pelajar jugak diberikan latihan kuiz online untuk meningkatkan lagi pengetahuan membaca.
Tarikh |
: 05 Julai 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai peranan ibu bapa di era digital.
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam terutama ibu bapa supaya sentiasa berwaspada ketika menggunakan media sosial. Ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu mendedahkan butiran peribadi dan gambar anak-anak di dalam media sosial kerana gambar anak-anak ini dapat disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawal penggunaan media sosial anak-anak supaya mereka tidak termasuk ke dalam perangkap predator alam maya ini.
Tarikh |
: 25 Jun 2022 |
Masa |
: 3.15 petang – 4.15 petang |
Peserta |
: 1 |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Kelas Smart Math.
Aktiviti
Program intensid istimewa kelas Smart Math untuk pelajar tahun 1, 2 dan 3 bersama Cikgu Fasihah. Cikgu Fasihah merupakan guru tutor sepenuh masa dan mempunyai pengalaman 7 tahun mengajar. Pelajar di ajar cara menyelesaikan masalah pecahan. Selain itu, pelajar juga di ajar lorekkan gambarajah yang diberi.