Tarikh |
: 26 September 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Peserta |
: Pertugas PEDi, Rakan Digital dan Usahawan PEDi |
Lokasi |
: Microsoft Team Live Event |
Tujuan
Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada usahawan PEDi dan cara mendaftar lesen SSM secara atas talian .
Aktiviti
Peserta diberi taklimat tentang cara-cara pendaftaran lesen SSM secara atas talian melalui laman web https://ezbiz.ssm.com.my. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran lesen SSM secara atas talian. Selain itu, turut diterangkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini ialah inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.
Tarikh |
: 13 September 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Pertugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai Menguji Kesahihan Maklumat.
Aktiviti
Program Bicara KDB yang membincangkan tentang kesan buruk kepada masyarakat akibat penyebaran berita palsu. Orang ramai dinasihatkan memeriksa kesahihan sesuatu berita di portal sebenarnya.my. Portal sebenarnya.my ini dibangunkan oleh MCMC untuk rujukan orang ramai untuk mengesahkan sesuatu berita yang diterima samaada benar atau palsu sebelum disebarkan kepada orang lain. Individu yang disyaki menyebarkan berita palsu boleh di dakwa dengan akta-akta yang ditetapkan oleh MCMC. Kesan buruk akibat penyebaran berita palsu akan memberi reputasi negatif, kerugian, menyebabkan aib dan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat akibat berita palsu ini.
Tarikh |
: 08 September 2021 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: PEDi Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Membantu mempromosi produk cendawan organik usahawan tempatan di media sosial.
Aktiviti
Peserta diajar cara mendaftar akaun email untuk memudahkan peserta mendaftar ke akaun media sosial untuk mempromosikan produk cendawan organik beliau. Peserta juga diajar cara membuat video pendek promosi cendawan organik menggunakan aplikasi canva.com untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk tempatan ini.
Tarikh |
: 10 September 2022 |
Masa |
: 2.15 petang – 4.15 petang |
Peserta |
: 1 |
Lokasi |
: Zoom Meeting |
Tujuan
Kelas suntingan video pendek menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Kelas suntingan video kreatif oleh Cikgu Nabilah. Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon yang terdapat serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mereka video pendek kreatif masing-masing sambil dibimbing oleh Cikgu Nabilah.
Tarikh |
: 01 September 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PEDi dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi di dalam media sosial.
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi serta aktiviti yang dilakukan secara sendirian di media sosial. Ini kerana, perbuatan terlebih kongsi ini akan membuatkan kita hilang privasi dan mengundang jenayah yang mengancam diri. Turut diberi peringatan supaya kita sentiasa berfikir baik dan buruk dahulu sebelum berkongsi apa-apa di media sosial supaya privasi kita sentiasa terjaga dan dilindungi. Selain itu, anda juga boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah menyebarkan gambar sumbang, lucah, berita palsu, ucapan atau perbuatan yang mengundang ancaman dan mengucapkan kandungan yang jelik seperti mencarut atau caci maki.