Tarikh

:  15 Oktober 2022

Masa

:  2.15 petang – 4.15 petang

Peserta

:  1

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Kelas mereka web ringkas menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

Kelas mereka web ringkas oleh Cikgu Nabilah. Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon dan domain yang terdapat serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mereka web ringkas masing-masing sambil dibimbing oleh Cikgu Nabilah.

Gambar disini

Tarikh

:  11 Oktober 2022

Masa

:  2.30 petang – 3.30 petang

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai Jom Kenal Pasti Maklumat Palsu.

Aktiviti

Program Bicara KDB yang membincangkan tentang kesan buruk kepada masyarakat akibat penyebaran berita palsu. Orang ramai dinasihatkan memeriksa kesahihan sesuatu berita di portal sebenarnya.my. Portal sebenarnya.my ini dibangunkan oleh MCMC untuk rujukan orang ramai untuk mengesahkan sesuatu berita yang diterima samaada benar atau palsu sebelum disebarkan kepada orang lain. Individu yang disyaki menyebarkan berita palsu boleh di dakwa dengan akta-akta yang ditetapkan oleh MCMC. Kesan buruk akibat penyebaran berita palsu akan memberi reputasi negatif, kerugian, menyebabkan aib dan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat akibat berita palsu ini.

Gambar disini

Tarikh

:  04 Oktober 2022

Masa

:  9.00 pagi – 12.30 tengahari

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Memberi kesedaran kepada orang awam terutama kanak-kanak tentang keburukan dadah dan kesan buruk akibat terlibat dengan dadah.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat tentang jenis-jenis dadah yang berbahaya dan kesan buruk akibat pengambilan dadah berlebihan tanpa nasihat pakar perubatan yang bertauliah. Remaja adalah golongan muda yang baru meningkat usia mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu perkara. Oleh itu, ibu bapa atau golongan dewasa harus memberi contoh teladan yang baik dan mengawasi remaja ini supaya tidak terjebak dengan dadah. Kesan buruk akibat dadah ini kesihatan seseorang akan terjejas dan mengundang pelbagai penyakit berbahaya. Selain itu, pengambilan dadah yang berlebihan tanpa pemantauan doktor adalah salah disisi undang-undang dan boleh didakwa dengan akta kesalahan yang telah ditetapkan.

Gambar disini

Tarikh

:  06 Oktober 2022

Masa

:  9.00 pagi – 12.30 tengahari

Peserta

:  Pertugas PEDi dan Usahawan

Lokasi

:  Serdang View Lake Resort


Tujuan

Memberi penerangan dan pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan inisiatif dan peluang yang ada dalam dunia digital yang semakin berkembang ini.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat tentang gerakan saya digital. Di taklimat tersebut fasilitator menerangkan 4 teras utama dalam menjalankan perniagaan secara digital. 4 teras utama tersebut adalah literasi, perniagaan, pendapatan dan modal insan. Literasi menerangkan tentang kepentingan penggunaan media sosial dalam perniagaan. Selain daripada itu, terdapat juga aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan oleh usahawan dalam perniagaan. Contohnya seperti “apps” TNG e-Wallet, Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Taklimat ini juga memperkenalkan kepada usahawan peluang-peluang ilmu perniagaan melalui program-program MDEC, PEDAS, PMKS serta platform atas talian yang lain seperti E-Ladang dan E-Rezeki. Kesimpulannya, program saya digital ini juga membantu usahawan dalam membentuk modal insan terutamanya daripada golongan belia dan pelajar dalam perniagaan dengan memperkenalkan peluang kerjaya untuk mereka.

Gambar disini

Tarikh

:  03 Oktober 2022

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  1

Lokasi

:  PEDi Pekan Bandar Baharu


Tujuan

Kelas suntingan poster menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon yang terdapat di aplikasi Canva serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mereka poster sendiri sambal dibimbing oleh Rakan Digital PEDi Pekan Bandar Baharu.

Gambar disini