Tarikh |
: 06 Oktober 2022 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.30 tengahari |
Peserta |
: Pertugas PEDi dan Usahawan |
Lokasi |
: Serdang View Lake Resort |
Tujuan
Memberi penerangan dan pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan inisiatif dan peluang yang ada dalam dunia digital yang semakin berkembang ini.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat tentang gerakan saya digital. Di taklimat tersebut fasilitator menerangkan 4 teras utama dalam menjalankan perniagaan secara digital. 4 teras utama tersebut adalah literasi, perniagaan, pendapatan dan modal insan. Literasi menerangkan tentang kepentingan penggunaan media sosial dalam perniagaan. Selain daripada itu, terdapat juga aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan oleh usahawan dalam perniagaan. Contohnya seperti “apps” TNG e-Wallet, Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Taklimat ini juga memperkenalkan kepada usahawan peluang-peluang ilmu perniagaan melalui program-program MDEC, PEDAS, PMKS serta platform atas talian yang lain seperti E-Ladang dan E-Rezeki. Kesimpulannya, program saya digital ini juga membantu usahawan dalam membentuk modal insan terutamanya daripada golongan belia dan pelajar dalam perniagaan dengan memperkenalkan peluang kerjaya untuk mereka.