Tarikh

:  14 Jun 2022

Masa

:  10.00 pagi – 11.40 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai Jangan Terpedaya Penipuan Kewangan Dalam Talian.

Aktiviti

Program Bicara KDB yang membincangkan tentang pelbagai taktik penipuan dalam talian seperti contoh tipu panggilan, scam pinjaman tidak wujud, Phising dan lain-lain. Pengguna dinasihatkan tidak terpedaya dengan jualan barang yang terlalu murah. Sekiranya terdapat rasa curiga ketika hendak membuat pembayaran di dalam talian, jangan teruskan kerana bimbang itu adalah taktik penipuan atas talian. Sekiranya kita menerima panggilan yang mencurigakan dinasihatkan tamatkan segera panggilan tersebut dan membuat laporan polis. Selain itu terdapat juga serangan kejuruteraan sosial iaitu seni memanipulasi mangsa menerusi muslihat dan penipuan.

Gambar disini

Tarikh

:  09 Jun 2022

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai Jangan Salah Klik.

Aktiviti

Program bicara KDB memberi kesedaran kepada orang awam supaya jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi serta aktiviti yang dilakukan secara sendirian di media sosial. Ini kerana, perbuatan terlebih kongsi ini akan membuatkan kita hilang privasi dan mengundang jenayah yang mengancam diri. Selain itu, dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan atas talian. Turut diberi peringatan supaya kita sentiasa berfikir baik dan buruk dahulu sebelum berkongsi apa-apa di media sosial supaya privasi kita sentiasa terjaga dan dilindungi.

Gambar disini

Tarikh

:  29 Mei 2022

Masa

:  9.30 pagi – 11.00 pagi

Peserta

:  1

Lokasi

:  Zoom Meeting


Tujuan

Kelas Smart Smart English Tahun 1 2 3.

Aktiviti

Program intensid istimewa kelas Smart English untuk pelajar tahun 1, 2 dan 3 bersama Cikgu Sarah. Cikgu Sarah merupakan cikgu pelatih dan tutor separuh masa dan mempunyai pengalaman 4 tahun mengajar. Pelajar di ajar mengenal ‘pronouns’. Membuat latihan kerja yang diberikan cikgu.

Gambar disini

Tarikh

:  07 Jun 2022

Masa

:  10.00 pagi – 11.30 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai Berita Palsu Perosak Masyarakat.

Aktiviti

Program Bicara KDB yang membincangkan tentang kesan buruk kepada masyarakat akibat penyebaran berita palsu. Orang ramai dinasihatkan memeriksa kesahihan sesuatu berita di portal sebenarnya.my. Portal sebenarnya.my ini dibangunkan oleh MCMC untuk rujukan orang ramai untuk mengesahkan sesuatu berita yang diterima samaada benar atau palsu sebelum disebarkan kepada orang lain. Individu yang disyaki menyebarkan berita palsu boleh di dakwa dengan akta-akta yang ditetapkan oleh MCMC. Kesan buruk akibat penyebaran berita palsu akan memberi reputasi negatif, kerugian, menyebabkan aib dan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat akibat berita palsu ini.

Gambar disini

Tarikh

:  26 Mei 2022

Masa

:  10.00 pagi – 11.30 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai Buli Siber..

Aktiviti

Program Bicara KDB yang membincangkan tentang buli siber. Seperti yang diketahui buli siber ini buli yang dilakukan secara atas talian melalui teks, gambar atau video memalukan yang disebarkan menggunakan peranti telefon, komputer dan lain-lain. Kesan buruk buli siber ini menyebabkan mangsa mengalami resah, murung dan penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Perbuatan buli ini salah disisi undang-undang dan terdapat akta untuk menghukum seseorang yang melakukan perbuatan buli siber ini.

Ibu bapa juga berperanan untuk memantau penggunakan internet dan media sosial anak-anak supaya menggunakan internet dengan berhemah. Terdapat banyak trend teknologi internet dan media sosial serta ciri-ciri keselamatannya untuk menggelakkan anak-anak menjadi mangsa buli atau pembuli.

Gambar disini