Nama : Norharyati Binti Md Ariff

Umur  : 33 tahun

Ahli     : 2015

Latar belakang

Pn Norharyati merupakan seorang guru dan telah menyambung pendidikan sehingga peringkat Master. Beliau melakukan perniagaan menjual minyak wangi dengan jenama Dexandra semenjak tahun 2015 lagi. Beliau merupakan peserta Car Boot Sale dari batch ke 2 yang menyertai konsep perniagaan ini semenjak Oktober 2015 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai Car Boot Sale, bliau menjalankan penjualan perfume bersama suami dan anak-anak dan secara persendirian melakukan promosi online dan fizikal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam Car Boot Sale Bandar Baharu, beliau telah berjaya membentuk rakan-rakan niaga yang baru. Peranan PI dalam Car Boot Sale Bandar Baharu adalah mengenalpasti barang niaga dan peniaga Car Boot Sale dalam masa yang sama melakukan coaching berkaitan pemasaran online. PI akan memberikan arahan yang memerlukan peniaga membuat tindakan seperti mengambil gambar, supaya PI dapat melaksanakan copyrighting pada produk mereka di dalam page carbootsalebandarbaharu. Melalui kaedah ini, peniaga dapat mula belajar mengambil gambar dan sedikit demi sedikit peniaga mampu untuk membina copyright mereka sendiri selepas itu.

21768996 10155647395138864 1066400691513028432 o 22382409 10155683130693864 5113466933747942606 o

Nama : Zuraimey Bin Zahari

Umur  : 49 tahun

Ahli     : 2010

Latar belakang

Encik Zuraimey Bin Zahari adalah usahawan yang menjalankan perkhidmatan sembelih ayam, memproses ayam dan menjual ayam. Selain perniagaan memproses ayam Encik Zuraimey juga mengusahakan tanaman Bunga Roselle. Bunga Roselle dijual secara mentah ataupun dijadikan air jus Roselle.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menjual ayam yang diproses kepada pelanggan yang datang ke kedai beliau dengan kuantiti yang sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti pembelajaran pernigaan di Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baharu kini beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ayam yang telah diproses kepada pelanggan dengan minimum 5 ekor ayam. Selain itu, beliau juga menerima tempahan memproses ayam untuk kenduri, kedai makan dan lain-lain.

ayamhikmah ayamhikmah3

 BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Mohd Firdaus Bin Md Rodzi

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Adik Firdaus merupakan anak yatim, beliau tinggal bersama ibu beliau di Bandar Baharu. Kini bersekolah di SMK Sultan Ahmad Tajuddin. Beliau telah hadir ke Pusat Internet Bandar Baharu untuk mempelajari komputer dan internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, Adik Firdaus tidak mahir mengunakan komputer dan internet, beliau juga sering tidak lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini memiliki kemahiran menaip lebih pantas berbanding dahulu.Pusat Internet memberikan latihan penggunaan internet, beliau kini mahir mengunakan beberapa website untuk mengulangkaji Bahasa Inggeris dan kini telah lulus Bahasa Inggeris dalam ujian 2018.

 

firdaus

 

USAHAWAN EMAS BULLION

Nama

: Siti Zuraida Binti Zainol

Umur

: 32 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Pn Siti Zuraida Binti Zainol merupakan graduan Universiti Utara Malaysia, kini bekerja di

Kilang First Solar, mula berniaga dan berjaya membina network perniagaan melalui

internet dan event-event yang direncanakan PI Bandar Baharu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Telah mengunakan Internet, tetapi melalui kursus dan perbincangan dan coaching

bersama PI Bandar Baharu, Pn Siti Zuraida mula memberanikan diri mengubah corak

promosi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Siti Zuraida & Suami mula memberanikan diri mengubah corak promosi.

zuraida2 zuraida1