Nama : Aryadi Bin Mustapha

Umur  : 37 tahun

Ahli     : 2017

Latar belakang

Encik Aryadi mula berniaga Keropok Lekor di Dataran Bandar Baharu,Kedah. Perniagaan Keropok Lekor adalah perniagaan yang telah banyak terdapat di Bandar Baharu dan sekitarnya. Bukanlah satu jualan yang mudah mendapat perhatian masyarakat setempat jika dibandingkan dengan makanan makanan lain yang telah di popularkan sekitar kawasan ini.

Beliau merupakan kakitangan Kerajaan yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah penduduk di Taman Widuri, Nibong Tebal cuba memberanikan diri untuk berniaga di Bandar Baharu, Kedah. Melalui sokongan promosi dari Pusat Internet  untuk bahagian promosi kepada Persatuan Penjaja Kecil Cawangan Bandar Baharu, beberapa peniaga muda telah berjaya berniaga disini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 

Encik Aryadi masih bekerja, namun di masa cutinya sahaja beliau cuba berniaga di Dataran Bandar Baharu. Penjenamaan pada peringkat awal dahulu tidak begitu dikenali komuniti Bandar Baharu. Melalui page Car Boot Sale Bandar Baharu, beberapa peniaga perlu diketengahkan untuk memperlihatkan kegiatan yang boleh menarik perhatian pengunjung ke Dataran Bandar Baharu.

Antara peniaga yang menarik untuk pihak Pusat Internet Bandar Baharu ketengahkan pada masa itu adalah Encik Aryadi. Kelainan daripada beliau mempersembahkan  Keropok Lekor beliau berkemungkinan memberikan kelainan kepada peniagaan di Dataran Bandar Baharu.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 

Pada masa ini Keropok Lekor bersama Cheese beliau merupakan satu tarikan yang baik, lalu diketengahkan  oleh pihak Pusat Internet Bandar Baharu melalui Platform Page Car Boot Sale Bandar Baharu, Kedah. Beliau mengakui promosi yang dilakukan membantu peniagaan beliau. Namun peniaga ini sendiri memiliki keazaman yang tinggi untuk maju. Beliau juga turut memberikan sumbangan dalam mempromosikan page Car Boot Sale dengan menanggung promosi berbayar FB Ads pada ketika itu. Sumbanagan beliau telah menambahkan hamper 400 follower di Page Car Boot Sale Bandar Baharu.

 

Bukanlah mudah untuk menaikkan page Car Boot Sale Bandar Baharu menjadi tumpuan masyarakat sekitan, kini terdapat pelbagai Group dan Page Tempatan yang tidak memiliki keazaman untuk membantu peniaga-peniaga yang berada di bawah mereka. Selain itu, peningkatan hasil jualan sehari sebanyak 40 kilo keropok lekor. Mula dikenali sekitar Bandar Baharu, Parit Buntar, dan kawasan sekitar. 

aryadi2 aryadi1