BELAJAR KOMPUTER DAN TEKNOLOGI INTERNET

Nama

: Mohd Amin Bin Mohd Thomir

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2017

 

 

 

 

 

Latar belakang

En Mohd Amin merupakan seorang Orang Kelainan Upaya Lemah pembelajaran yang Berjaya dididik di PEDI Bandar Baharu, Kedah. Beliau kini merupakan Site Supervisor di bawah Publicity Group untuk pembinaan Skim Perumahan di Permatang Pasir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

En Mohd Amin merupakan seorang Orang Kelainan Upaya Lemah pembelajaran yang Berjaya dididik di PEDI Bandar Baharu, Kedah. Beliau tidak tidak lulus Bahasa Inggeris, malah tidak tahu teme-tema kejuruteraan yang digunakan di site.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Bandar Baharu mendisiplinkan pembelajaran En Mohd Amin, melalui penggunaan teknologi dan computer. Beliau di ajar dengan ilmu, manaip, Bahasa, kejuruteraan, dokumentasi Pendidikan, dokumentasi kejuruteraan, pemasaran, kewangan, kaunseling dan pelbagai lagi di sini.

amin

USAHAWAN MENJUAL LEMANG

Nama

: En. Mohamad Fairuz Bin Abdul Halim

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 

 

 

Latar belakang

En Fairuz merupakan pekerja kedai makan di hadapan Pusat Ekonomi Digital Bandar Baharu. Beliau ingin mencari pendapatan lebih pada 1 Syawal perayaan Aldilfitri tahun 2022 ini. Beliau menjual lemang di seberang jalan berhadapan PEDI Pekan Bandar Baharu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

En Fairuz merupakan pekerja kedai makan di hadapan Pusat Ekonomi Digital Bandar Baharu. Beliau seorang pembantu gerai dan tidak berniaga sendiri. Beliau mempunyai Facebook, tetapi beliau kurang menggunakan facebook sendiri untuk tujuan promosi dan berniaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Bandar Baharu membantu mendapatkan info peniaga dan mempromosikan peniagaan En. Fairuz secara online menggunakan Page Facebook. Beliau Berjaya meningkatkan jualan dan telah menerima banyak panggilan tempahan setelah pihak PEDI Pekan Bandar Baharu mengongsikan info berkaitan perniagaan beliau. Platform Facebook yang dibina PEDI Bandar Baharu dapat menjadi tumpuan para pembeli, kerana memiliki lebih ramai follower. Hasil promosi tersebut menyebabkan, En. Fairuz masih menerima panggilan tempahan lemang sepanjang 2 minggu pada bulan syawal. Sedangkan pada ketika itu telah banyak kedai-kedai lemang lain sudah tutup kerana kurang permintaan.

fairuz

 

USAHAWAN MENJAHIT DAN MENJUAL PAKAIAN

Nama

: Pn. Sabariah Binti Saari

Umur

: 44 tahun

Ahli

: 2019

 

 

 



Latar belakang

Pn Sabariah merupakan penduduk Bandar Baharu, Kedah dan perniaga yang menjalankan perniagaan Menjahit dan Menjual Pakaian di kedai MARA Parit Buntar, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pn Sabariah menjalankan perniagaan beliau di Kedai milik MARA. Beliau memerlukan suntikan dana, bagi memantu perniagaan beliau semasa peristiwa COVID 19.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

PIM Bandar Baharu memiliki hubungan baik dengan Pihak Pejabat MARA Daerah Bandar Baharu, sering berkongsikan berita atau info berkenaan Pembangunan Usahawan yang dijalankan oleh Agensi-agensi Kerajaan. Melalui Pn Nazirah, Agensi MARA telah menerbitkan beberapa info untuk membantu usahawan yang terjejas ketika Covid 19, Skim SPAK (Skim Kemudahan Pembiayaan Pengukuhan Perniagaan MARA). Pihak PIM Bandar Baharu memiliki beberapa WhatsApp Group Kelompok Usahawan yang dapat membantu agensi-agensi kerajaan untuk salurkan maklumat sehingga ke akar umbi. Pn Sabariah telah menerima maklumat yang dikongsi tersebut melalui Rakan-rakannya yang telah menerima info yang telah PIM Bandar Baharu kongsikan.

sabariah bt saari

BELAJAR MENGGUNAKAN ZOOM, GOOGLE MEET DAN YUOTUBE LIVE.

Nama

: Tuan Haji Jamil Bin Abd Samad

Umur

: 67 tahun

Ahli

: 2021

 

 

 

 

 

Latar belakang

Pesara guru yang masih aktif sebagai NGO. Beliau juga aktif membantu para pelajar OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah pendidikan khas vokasional di Sg Petani, Kedah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau merupakan Yang Dipertua PIBG, kebiasaannya melakukan ucapan, perasmian dan mesyuarat secara off line.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

PIK Bandar Baharu membantu mengaturkan secara teknikal dan memberikan khidmat nasihat apabila Beliau perlu menggunakan kemudahan mesyuarat secara online.

hj jamil  hj jamil2

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MRNCETAK

Nama

: Haji Ahmad Shah Bin Hamid

Umur

: 62 tahun

Ahli

: 2019

 

 

 

 

 

Latar belakang

Hj Ahmad Shah merupakan seorang bekas penjawat awam, yang sebelum ini telah bertugas sebagai seorang penghulu di daerah Kerian, Perak. Kini beliau merupakan seorang Pengerusi Koperasi Jabatan Parit Saliran, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke Pusat Internet Malaysia (PIM) Bandar Baharu, Penghulu Hj Ahmad Shah sering mengikuti aktiviti dan kelas di Pusat Internet Malaysia Taman Seri Tenggara, Perak. Beliau telah belajar banyak perkara disitu. Namun setelah ditutup, Penghulu akan hadir ke PIM Bandar Baharu untuk menggunakan khidmat dan nasihat di sini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Antara kemahiran dan kejayaan yang berjaya dikuasai dan digunakan kini, oleh Penghulu Ahmad Shah bagi membantu operasi Koperasi yang beliau uruskan adalah, Kaedah Penyimpanan Dokumen, Kaedah Memindahkan Dokumen, Kaedah Menyusun Atur Data dan Dokumen di SmartPhone dan Komputer.

hj ahmad shah