DOBI AMPAIAN BANDAR BAHARU

Nama

: Nor Azri Bin Rahim

Umur

: 49 tahun

Ahli

: 2012

 

Latar belakang

Encik Azri merupakan usahawan kedai Dobi Ampaian, Bandar Baharu, Kedah. Beliau telah lama menjadi ahli NADI sejak tahun 2012. Usahawan yang sangat aktif dalam mendapatkan khidmat bantuan dari NADI juga Rakan Digital NADI. Beliau sering hadir ke program yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Encik Azri memerlukan bantuan dalam aspek teknikal untuk shopee dan marketing untuk kedai dobinya lebih dikenali. Beliau suka belajar dan mendalami ilmu baru untuk memajukan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatanNADI

Rakan Digital NADI Bandar Baharu membantu memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan facebook page, copywriting, poster dan iklan yang menarik. Serta cadangan pendaftaran kedai di platform digital. Hasil daripada khidmat nasihat, perbincangan dan bantuan Rakan Digital NADI Bandar Baharu perniagaan makin dikenali bukan hanya di Bandar Baharu tapi juga di Nibong Tebal dan Parit Buntar.

azri 1  azri 2

 

BERNIAGA NASI KANDAQ DAN HOMESTAY

Nama

: Rohana Binti Basiri

Umur

: 54 tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Puan Rohana merupakan usahawan homestay dan juga pemilik kedai Nasi Kandaq Relau, Kedah. Beliau menjadi ahli NADI pada November 2023. Mendapatkan khidmat bantuan dari Rakan Digital NADI dan pernah hadir ke program yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Rohana memerlukan bantuan dalam aspek marketing untuk mengembangkan perniagaan beliau. Beliau lebih banyak tertumpu kepada bahagian penghasilan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatanNADI

Rakan Digital NADI Bandar Baharu membantu memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan facebook page, copywriting, poster dan iklan yang menarik. Serta cadangan pendaftaran kedai di platform digital. Hasil daripada khidmat nasihat, perbincangan dan bantuan Rakan Digital NADI Bandar Baharu perniagaan beliau semakin baik.

rohana-1  rohana-2

 

BELAJAR KOMPUTER DAN TEKNOLOGI INTERNET

Nama

: Mohamad Afiq Ashraf Bin Alwi

Umur

: 17 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

En. Afiq merupakan pelajar di NADI Pekan Bandar Baharu, Kedah. Pada peringkat awal, En Afiq tidak mahir menggunakan komputer dan software berkaitan kerja yang sekolah berikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

En. Afiq merupakan pelajar di NADI Pekan Bandar Baharu, Kedah. Pada peringkat awal, En Afiq tidak mahir menggunakan komputer dan software berkaitan kerja yang sekolah berikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Keluarga En Afiq menggunakan kemudahan di NADI seperti internet, komputer dan perkhidmatan e service bagi membantu keluarga beliau meningkatkan taraf ekonomi dan social keluarga mereka. Kini En Afiq boleh melakukan kerja-kerja komputer dan internet dan lebih berdisiplin menghantarkan hasil-hasil kerja berkaitan STEM kepada pihak Kolej Vokasional.

afiq-1  afiq-2

 

BELAJAR KOMPUTER DAN TEKNOLOGI INTERNET

Nama

: Md Shariff Bin Musa

Umur

: 61 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

En. Shariff merupakan seorang Pengurus Bank yang telah bersara, dan bilau aktif dalam aktiviti membantu komuniti dan NGO.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

En. Shariff merupakan seorang Pengurus Bank yang telah bersara, dan bilau aktif dalam aktiviti membantu komuniti dan NGO. Tanpa penggunaan kemudahan NADI, kerja-kerja beliau lakukan menjadi lebih sukar. Kerana kekurangan sumber maklumat berkaitan teknologi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemudahan yang ada dirumah beliau lengkap, namun beliau lebih gemar menggunakan kemudahan di NADI kerana pihak NADI sentiasa membantu beliau dalam memperkenalkan kaedah-kaedah komunikasi dan teknologi baru yang banyak memudahkan kerja-kerja seharian beliau.

md-shariff-1  md-shariff-2

 

BELAJAR KOMPUTER DAN TEKNOLOGI INTERNET

Nama

: Khoirol Hissham Bin Haji Ismail

Umur

: 55 tahun

Ahli

: 2023

 

 

 

 

 

Latar belakang

En Khoirol merupakan pekerja yang sering hilang pekerjaan, disebabkan beliau memiliki masalah kesihatan fizikal dan mental ketika 2015 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pihak PEDI Berjaya menyesuaikan beberapa pekerjaan untuk beliau. Namun beliau masih berhenti kerja selepas itu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pihak PEDi kini melalui inisiatif sendiri, cuba memberikan sedikit upah kerja kepada En Khoirol. Ini adalah kerana memandangkan En Khoirol biasanya tidak memiliki wang langsung untuk makan dan bergerak mencari pekerjaan.

Kini pihak PEDi juga membantu untuk membuat permohonan Kad OKU kepada pihak JKM.

WhatsApp Image 2024-02-02 at 12.19.19 PM  WhatsApp Image 2024-02-02 at 12.19.20 PM