BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK, EDIT VIDEO

Nama

: Sajjay Kumar A/L Prem Kumar

Umur

: 20 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU). Telah menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Telah datang ke PI untuk mempelajari Kemahiran Komputer.Beliau berada pada kumpulan OKU bermasalah pembelajaran. PI Bandar Baharu melatih beliau setiap Selasa, Rabu dan Khamis pagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar ini hanya mahir mengunakan Social Media sahaja pada peringkat awal memasuki PI Bandar Baharu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar telah dilatih kepada Asas menaip, kepantasan menaip beliau pada peringkat awal adalah kurang dari 10 words per minute. Melalui latihan Typing Master, pelajar ini berjaya mencapai kepantasan menaip 20 words per minute.

Beliau masih mengalami kesukaran membaca, namun pihak PI sedang lagi melatih beliau membaca. Beliau berkeinginan membina video dan PI Bandar Baharu telah melatih kemahiran Edit Gambar mengunakan Canva.Com yang telah disyorkan dari MDEC untuk latihan E-Usahawan yang saya Pengurus PI pernah ikuti sebelum ini.

Kini Sajjay Kumar memiliki kepandaian untuk pembikinan Video dari susunan gambar yang telah beliau Edit mengunakan Canva.Com.

sanjay sanjay2.jpg