BERNIAGA NASI KANDAQ DAN HOMESTAY

Nama

: Rohana Binti Basiri

Umur

: 54 tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Puan Rohana merupakan usahawan homestay dan juga pemilik kedai Nasi Kandaq Relau, Kedah. Beliau menjadi ahli NADI pada November 2023. Mendapatkan khidmat bantuan dari Rakan Digital NADI dan pernah hadir ke program yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Puan Rohana memerlukan bantuan dalam aspek marketing untuk mengembangkan perniagaan beliau. Beliau lebih banyak tertumpu kepada bahagian penghasilan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatanNADI

Rakan Digital NADI Bandar Baharu membantu memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan facebook page, copywriting, poster dan iklan yang menarik. Serta cadangan pendaftaran kedai di platform digital. Hasil daripada khidmat nasihat, perbincangan dan bantuan Rakan Digital NADI Bandar Baharu perniagaan beliau semakin baik.

rohana-1  rohana-2