DOBI AMPAIAN BANDAR BAHARU

Nama

: Nor Azri Bin Rahim

Umur

: 49 tahun

Ahli

: 2012

 

Latar belakang

Encik Azri merupakan usahawan kedai Dobi Ampaian, Bandar Baharu, Kedah. Beliau telah lama menjadi ahli NADI sejak tahun 2012. Usahawan yang sangat aktif dalam mendapatkan khidmat bantuan dari NADI juga Rakan Digital NADI. Beliau sering hadir ke program yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Encik Azri memerlukan bantuan dalam aspek teknikal untuk shopee dan marketing untuk kedai dobinya lebih dikenali. Beliau suka belajar dan mendalami ilmu baru untuk memajukan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatanNADI

Rakan Digital NADI Bandar Baharu membantu memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan facebook page, copywriting, poster dan iklan yang menarik. Serta cadangan pendaftaran kedai di platform digital. Hasil daripada khidmat nasihat, perbincangan dan bantuan Rakan Digital NADI Bandar Baharu perniagaan makin dikenali bukan hanya di Bandar Baharu tapi juga di Nibong Tebal dan Parit Buntar.

azri 1  azri 2