Tarikh

:  23 Mei 2024

Masa

:  9.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  22

Lokasi

:  Laman Wanita (LAWA) Nibong Tebal


Tujuan

Kelas mencipta iklan yang menarik menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

Kelas asas mencipta iklan ringkas dan menarik menggunakan aplikasi Canva. Peserta juga diajar cara untuk mengenalpasti fungsi icon-icon dan domain yang terdapat serta kegunaanya dengan betul. Di akhir kelas peserta diberi peluang untuk mencipta poster iklan mengikut kreatif masing-masing sambil dibimbing oleh Rakan Digital (RD) NADI Pekan Bandar Baharu.

Gambar disini

Tarikh

:  21 Mei 2024

Masa

:  3.00 petang – 5.00 petang

Peserta

:  15

Lokasi

:  Perpustakaan Desa Permatang Pasir


Tujuan

Membincangkan program kerjasama di antara NADI Pekan Bandar Baharu dan PD Permatang Pasir.

Aktiviti

Perbincangan untuk melantik ahli AJK 2024 yang baru. Dibincangkan perancangan untuk melaksanakan Program Hari Kebangsaan dan Kebun Komuniti. Turut dimaklumkan mengenai Kaji Selidik Negara Pintar (Smart Nation) 2040 oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Pengurus NADI Pekan Bandar Baharu memberi taklimat ringkas mengenai Program SejaTi MADANI untuk membantu komuniti mendapatkan geran yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi komuniti setempat. Program SejaTi MADANI memberi tumpuan 5 sektor utama iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, serta aktiviti hijau dan kitar semula.

Di akhir mesyuarat diadakan sesi bergambar untuk semua AJK yang hadir.

Gambar disini

Tarikh

:  25 April 2024

Masa

:  9.00 pagi – 1.00 petang

Peserta

:  3 orang

Lokasi

:  NADI Pekan Bandar Baharu

 

Tujuan

Aktiviti membersihkan NADI Pekan Bandar Baharu.

Aktiviti

Membersikan NADI Pekan Bandar Baharu dan kawasan sekitar NADI. Ini supaya NADI Pekan Bandar Baharu menjadi lebih bersih dan memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang.

Gambar disini

Tarikh

:  03 Mei 2024

Masa

:  2.00 petang – 4.00 petang

Peserta

:  1

Lokasi

:  NADI Pekan Bandar Baharu


Tujuan

Membantu usahawan memulakan perniagaan secara atas talian di Facebook.

Aktiviti

Peserta diajar mendaftar akaun Pages Facebook untuk memulakan perniagaan secara atas talian. Selain itu, peserta juga diajar untuk mempersiapkan profile kedai supaya menarik minat pengguna untuk membeli di kedai Pages Facebook. Peserta diberi tips mengambil gambar produk yang menarik untuk dimuat naik ke akaun Pages Facebook serta teknik copywriting untuk menarik minat pelanggan membeli produk.

Gambar disini

Tarikh

:  19 April 2024

Masa

:  10.00 pagi – 11.30 pagi

Peserta

:  2 orang

Lokasi

:  Zoom Meeting 

 

Tujuan

Membantu peniaga dan usahawan untuk mengembangkan perniagaan menggunakan platform AI Kecerdasan Pengguna + Pengurus Iklan = OHSEMads.com

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan mengenai OHSEMads iaitu platform pemasaran data bersepadu yang membantu usahawan memanfaatkan kuasa AI untuk menganalisis pengguna memasarkan, membahagikan pelanggan dan mencipta profil khalayak yang berkuasa untuk iklan pada pengurus iklan yang popular. Platform ini menyediakan perkhidmatan Pengurusan Kandungan dan perkhidmatan Pengurusan Pengiklanan yang membantu usahawan membuat visual dan perancangan yang betul untuk kempen iklan.

Gambar disini