Tarikh |
: 08 Julai 2024 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 2 |
Lokasi |
: NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi latihan kepada usahawan pemula teknik dan cara mengambil gambar produk yang menarik.
Aktiviti
Peserta diajar teknik dan cara untuk mengambil gambar produk yang menarik untuk memulakan perniagaan secara atas talian. Sesuatu produk wajib mempunyai gambar pengenalannya sendiri. Bukan gambar sembarangan, tapi perlu dipastikan gambar produk yang hendak dijual itu betul-betul menampakkan ciri istimewanya dan dipersembahkan dalam suasana yang mampu menarik perhatian bakal pelanggan melihatnya. Produk biasa-biasa, tapi boleh jadi luar biasa jika diambil gambarnya dengan betul.