Asalnya taman ini merupakan sebuah bekas lombong tinggal. Memandangkan ianya terletak di tengah-tengah pekan Serdang, pihak Majlis mendapati ianya berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman riadah.
Pada masa ini, di kawasan tersebut telah pun terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman, yang mana hasil peruntukannya adalah dari Jabatan Landskap Negara. Pihak Majlis juga telah mendapat peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun ini bagi menambah komponen-komponen sedia ada di kawasan tersebut seperti membina wakaf, menyediakan kerusi dan meja berkelah, menyediakan jambatan konkrit bagi menghubungkan dua tasik, ruang pejalan kaki dan lampu hiasan di sekeliling tasik tersebut.
Pihak Majlis juga merancang untuk membina rumah rehat dan restoran terapung bagi menarik pengunjung untuk berkunjung ke Taman Seri Tasik.
Adalah menjadi harapan pihak Majlis agar Taman Seri Tasik ini akan menjadi tumpuan pelancong ke daerah ini pada masa hadapan.
Taman Seri Tasik