Asalnya taman ini merupakan sebuah bekas lombong tinggal. Memandangkan ianya terletak di tengah-tengah pekan Serdang, pihak Majlis mendapati ianya berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman riadah.
Pada masa ini, di kawasan tersebut telah pun terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman, yang mana hasil peruntukannya adalah dari Jabatan Landskap Negara. Pihak Majlis juga telah mendapat peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun ini bagi menambah komponen-komponen sedia ada di kawasan tersebut seperti membina wakaf, menyediakan kerusi dan meja berkelah, menyediakan jambatan konkrit bagi menghubungkan dua tasik, ruang pejalan kaki dan lampu hiasan di sekeliling tasik tersebut.
Pihak Majlis juga merancang untuk membina rumah rehat dan restoran terapung bagi menarik pengunjung untuk berkunjung ke Taman Seri Tasik.
Adalah menjadi harapan pihak Majlis agar Taman Seri Tasik ini akan menjadi tumpuan pelancong ke daerah ini pada masa hadapan.
Taman Seri Tasik
Berada di kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar kulim adalah 14 kilometer. Semenjak tahun 1980an lagi destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dengan produk utamanya adalah air terjun dan persekitaran ekosistem hutan, kebun getah serta dusun buah-buahan. Pada musim buah-buahan khususnya musim durian,pengunjung boleh membeli buah berkenaan secara lansung dari pekebun. Program/ aktiviti utama yang boleh di lakukan di sini adalah berkelah,mandi- manda,berenang dan perkhemahan.Disini kawasan Air terjun Junjung ini juga mempunyai satu track yang menarik minat penunggang Mountain Bike untuk tujuan riadah.Track ini dihubungkan dengan Kampung Badlishah di Mukim Terap,selain itu ia sesuai di jadikan kawasan riadah lain seperti berjogging.
Air Terjun Junjong
Kawasan Untuk Mandi
Pada masa ini belum ada lagi tempat riadah bagi penduduk di Pekan Bandar Baharu dan daerah ini amnya. Namun di selatan Daerah Bandar Baharu iaitu kira-kira 25 km dari pusat pentadbiran bagi Daerah Bandar Baharu terdapat beberapa tempat pelancongan.
Projek ini dijalankan memandangkan kawasan ini berpotensi untuk dimajukan kerana disitulah diadakan acara tradisi sukan sungai bagi tiga daerah bersempadan iaitu Daerah Kerian, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Daerah Bandar Baharu sendiri. Di sungai itu juga merupakan tumpuan pemancing untuk memancing dan merupakan antara sungai yang kaya dengan udang galahnya dan Ikan Kelisa Emas di Malaysia
Pihak Majlis telah mengambil kesempatan atas projek JPS yang membina 'ban' sepanjang 400 m di Tebing Sungai Kerian bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku pada musim tengkujuh, yang mana pihak Majlis telah menerima peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bagi menjalankan projek di Tebing Sungai Kerian seperti membina wakaf, menyediakan tapak penjaja, membina ruang pejalan kaki dan pemasangan lampu hiasan di tebing tersebut.
Adalah menjadi harapan pihak Majlis agar dengan adanya tempat riadah di situ, maka ianya akan menjadi tumpuan penduduk setempat dan penduduk di daerah lain amnya.
Tebing Sungai Kerian
Ia adalah satu acara yang penjualnya menjual barang-barang terpakai mereka kepada pengunjung2 acara dengan hanya membuka tempat simpanan kereta mereka. Namun sekarang Program Car Boot Sale moden, ada yang menyediakan tempat seperti meja dan khemah untuk meletakkan barang-barang jualan mereka. Acara ini biasanya dijalankan sebelah pagi atau petang untuk elakkan cuaca panas.
Di daerah Bandar Baharu acara Car Boot Sale diadakan setiap hari sabtu dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.
Car Boot Sale Bandar Baharu
Sub-kategori
Halaman 2 dari 2