Pasar Kemboja Bandar Baharu mula beroperasi semula pada 22 Januari 2022. Pasar ini terletak di Dataran Bandar Baharu berhampiran pinggiran Sungai Kerian. Pasar Kemboja Bandar Baharu dibuka pada setiap hari Sabtu.

Terdapat perbagai jenis pakaian dari fesyen terkini disini seperti pakaian wanita, lelaki dan juga kanak-kanak dijual dengan harga yang berpatutan.

Semoga pembukaan Pasar Kemboja Bandar Baharu membawa manfaat kepada semua terutamanya pengusaha-pembeli. Diharapkan Bandar Baharu bakal menghiasi peta sebagai zon perniagaan borong dan jualan murah seterusnya meningkatkan kedatangan pengunjung ke negeri Kedah. Pembukaan di lokasi ini juga diharapkan membawa tempias kepada penduduk tempatan dalam sama-sama menjana ekonomi dan meningkatkan sumber pendapatan.

 

WhatsApp Image 2022-01-30 at 9.03.14 AM  WhatsApp Image 2022-01-30 at 9.03.15 AM

Pasar Kemboja Bandar Baharu