USAHAWAN MENJUAL LEMANG

Nama

: En. Mohamad Fairuz Bin Abdul Halim

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 

 

 

Latar belakang

En Fairuz merupakan pekerja kedai makan di hadapan Pusat Ekonomi Digital Bandar Baharu. Beliau ingin mencari pendapatan lebih pada 1 Syawal perayaan Aldilfitri tahun 2022 ini. Beliau menjual lemang di seberang jalan berhadapan PEDI Pekan Bandar Baharu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

En Fairuz merupakan pekerja kedai makan di hadapan Pusat Ekonomi Digital Bandar Baharu. Beliau seorang pembantu gerai dan tidak berniaga sendiri. Beliau mempunyai Facebook, tetapi beliau kurang menggunakan facebook sendiri untuk tujuan promosi dan berniaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Bandar Baharu membantu mendapatkan info peniaga dan mempromosikan peniagaan En. Fairuz secara online menggunakan Page Facebook. Beliau Berjaya meningkatkan jualan dan telah menerima banyak panggilan tempahan setelah pihak PEDI Pekan Bandar Baharu mengongsikan info berkaitan perniagaan beliau. Platform Facebook yang dibina PEDI Bandar Baharu dapat menjadi tumpuan para pembeli, kerana memiliki lebih ramai follower. Hasil promosi tersebut menyebabkan, En. Fairuz masih menerima panggilan tempahan lemang sepanjang 2 minggu pada bulan syawal. Sedangkan pada ketika itu telah banyak kedai-kedai lemang lain sudah tutup kerana kurang permintaan.

fairuz