Tragedi Feri Karam di Sungai Kerian
Dahulu Bandar Baharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya dahulu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Feri ini perlu menyeberang Sungai Kerian sejauh hampir 100 meter dengan 20 minit perjalanan.
Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja perkhidmatan atau laluan yang menghubungkan antara Pekan Bandar Baharu dan Pekan Parit Buntar.
Semasa peristiwa itu berlaku pada 13 September 1972 jam 7 pagi, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus.
Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras.
Gambar Tragedi 13 September 1972
Pada ketika itu, mendiang S Annamalai iaitu pemandu feri tersebut telah bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa.. Beliau telah terkorban akibat terlalu penat menyelamatkan 7 orang pelajar..
Walau bagaimana pun kejadian ini telah mengorbankan 27 orang termasuk 25 pelajar.. 17 daripada pelajar itu merupakan pelajar Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian.
Kejadian ini menyebabkankan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta merta. Ianya digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya.
Sumbar :themalaysiainsider.com dan harian metro Ahad (13 September 2015)