Jangan berurusan dengan pemberi pinjaman wang yang tidak sah. Akibatnya wang pinjaman tidak dapat, wang simpanan yang ada hilang begitu sahaja.
Awas modus operandi penipuan pinjaman wang tidak wujud.
1. Iklan pinjaman di paparkan di media sosial & cara berhubung dengan peminjam hanya melalui telefon/whatsApp
2. Mangsa akan ditawarkan dengan pinjaman yang mudah lulus antaranya tidak perlukan penjamin, kelulusan segera, senarai hitam bank boleh lulus pinjaman.
3. Mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran (guaman, setem duti, yuran proses dll) kepada akaun peribadi individu yang tidak berkaitan dengan proses urusan pinjaman.
4. Pinjaman yang dijanjikan tetap tidak dapat sebaliknya mangsa akan terus-menerus diugut supaya menjelaskan pelbagai bayaran dan disaman jika mahu membatalkan pinjaman.
5. Suspek gagal dihubungi apabila bayaran telah dibuat.
Jangan jadi mangsa, sila semak panduan pada poster sebelum pinjam.
“Perniagaan Anda Bermula di SSM”
Like / Follow:-
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage
Program Bimbingan Usahawan 2021 (PBU21) siri ke-4 akan diadakan pada 29 Jun 2021 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai amalan perniagaan untuk membantu kumpulan sasaran meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui serta peluang mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
Peserta akan diberikan pendedahan mengenai:
1. Keperluan & faedah mendaftarkan perniagaan;
2. Strategi pengurusan perniagaan & kewangan; dan
3. Pemasaran digital
Penyertaan percuma dan tempat adalah terhad.
*Sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta.
Untuk pertanyaan lanjut, sila e-mel ke:
En. Rajoo : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Farris : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En. Fauzan : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
“Perniagaan Anda Bermula di SSM”
Like / Follow:-
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage