199359057 2574607502843209 8237014290808432297 n
 
Jangan berurusan dengan pemberi pinjaman wang yang tidak sah. Akibatnya wang pinjaman tidak dapat, wang simpanan yang ada hilang begitu sahaja.
Awas modus operandi penipuan pinjaman wang tidak wujud.
1. Iklan pinjaman di paparkan di media sosial & cara berhubung dengan peminjam hanya melalui telefon/whatsApp
2. Mangsa akan ditawarkan dengan pinjaman yang mudah lulus antaranya tidak perlukan penjamin, kelulusan segera, senarai hitam bank boleh lulus pinjaman.
3. Mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran (guaman, setem duti, yuran proses dll) kepada akaun peribadi individu yang tidak berkaitan dengan proses urusan pinjaman.
4. Pinjaman yang dijanjikan tetap tidak dapat sebaliknya mangsa akan terus-menerus diugut supaya menjelaskan pelbagai bayaran dan disaman jika mahu membatalkan pinjaman.
5. Suspek gagal dihubungi apabila bayaran telah dibuat.
Jangan jadi mangsa, sila semak panduan pada poster sebelum pinjam.
“Perniagaan Anda Bermula di SSM”
📊📉📈 Like / Follow:-
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage