Assalamualaikum
Makluman program big screen AFC cup di tunda tarikh kepada 20hb 01 2024
Pihak Persatuan Penjaja sedang kemaskini semula aktiviti untuk program ini.
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
Urusetia Penganjur :
Maksu Nora : +60195084419
Klik Pautan untuk Whatsapp : https://wa.me/60195084419?text=BerniagaAsianFootball
Penganjur : Persatuan Penjaja, Peniaga Kechil Melayu Negeri Kedah Cawangan Bandar Baharu.
π Jemputan Kepada Calon Barber Berbakat! π
Apakah anda seorang barber berbakat yang bercita-cita tinggi untuk membina nama dalam industri gunting rambut? Inilah peluang anda untuk menyertai HiT Barber Classic, sebuah program anjuran MARA yang akan mengubah impian anda menjadi kenyataan!
π HiT Barber Classic: Membentuk Bakat, Mengejar Kejayaan
Kami mencari calon barber yang berkelayakan untuk menyertai program intensif HiT Barber Classic, di mana anda akan dibimbing oleh pakar industri dalam aspek teknikal dan perniagaan. Program ini bertujuan untuk membantu anda membina dan mengembangkan perniagaan barber anda sendiri di bawah Jenama HiT Barber Classic.
β¨ Apa Yang Menanti Anda
β’ Bimbingan intensif oleh pakar industri terkemuka.
β’ Pembinaan kemahiran teknikal dan kreativiti dalam seni gunting rambut.
β’ Peluang unik untuk mengembangkan perniagaan anda di bawah jenama yang terkenal.
β’ Peluang mendapatkan Pembiayaan MARA sehingga RM50,000 bagi calon yang berjaya terpilih.
π¨βπ Syarat Kelayakan
β’ Mempunyai pengalaman dalam bidang gunting rambut.
β’ Komitmen untuk mengembangkan diri dalam industri barber.
β’ Keinginan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri.
β’ Semangat untuk berkembang dan mencapai kejayaan.
π Tarikh Penting
β’ Tarikh Tutup Permohonan: 31/1/2024
π Cara Memohon
Sertai kami dengan menghantar resume dan portfolio anda ke pautan berikut https://bit.ly/HITBARBERCLASSIC
π Hubungi Kami:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [Nombor Telefon] atau email kami di [email add].
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadikan impian anda dalam dunia barber menjadi realiti! HiT Barber Classic - Menjana Bakat, Membina Kejayaan.
ππ #HiTBarberClassic #MARA
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Satu kaunter Pendaftaran PADU Sementara akan dibuka di PEDi Pekan Bandar Baharu seperti maklumat berikut :
Tarikh : 17 & 18 Jan 2024 (Rabu & Khamis, 2 hari sahaja)
Masa : 9.00 pagi β 5.00 petang
Tempat : PEDi Pekan Bandar Baharu, Kedah.
DOKUMEN YANG PERLU DI BAWA :
1. KAD PENGENALAN SENDIRI
2. KAD PENGENALAN/MYKID/SURAT BERANAK SETIAP ISI RUMAH
3. MAKLUMAT AKAUN BANK
4. SIJIL SSM (UNTUK YANG BERNIAGA SAHAJA)
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL PEKAN BANDAR BAHARU
(BERHAMPIRAN TAPAK PASAR MALAM BANDAR BAHARU)
KLIK PAUTAN UNTUK PANDUAN LOKASI : https://maps.app.goo.gl/HUQNkZUiykvk9F596
ALAMAT : C1, TINGKAT ATAS, BANGUNAN 2 TINGKAT, JALAN SYARIAH 34950 BANDAR BAHARU, KEDAH
Semoga program DUA hari ini, di sini, dapat membantu Tuan/Puan dalam urusan Pendaftaran/Kemaskini PADU.
Jumpa ANDA disini ye!!!.
PEMAKLUMAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
.
π Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data utama Kerajaan ke arah mewujudkan satu ekosistem pemberian bantuan yang lebih sistematik dan perancangan polisi yang lebih holistik.
.
π Pengemaskinian PADU dapat mengelakkan tuan/puan daripada keciciran untuk sebarang program bantuan/subsidi bersasar dan pelbagai program yang dirancang oleh kerajaan di masa akan datang
.
π PADU telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024.
.
π Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ke dalam sistem PADU adalah bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.
.
πPengemaskinian secara online boleh dibuat di laman web PADU; www.padu.gov.my
.
π Bagi penduduk sekitar DAERAH BANDAR BAHARU dan kawasan yang berdekatan yang mempunyai masalah dalam pengisian maklumat di PADU, tuan/puan disarankan untuk hadir ke Kaunter Pengurusan PADU di PEDi SERDANG
β‘οΈ Klik sini untuk petunjuk lokasi guna Google Maps https://g.co/kgs/wCLaZ5
.
Pastikan bawa bersama salinan kad pengenalan Ahli Isi Rumah dan Maklumat akaun bank.
.
π Dokumen yang perlu dibawa ke kaunter PEDi:
Salinan kad pengenalan (MyKad/MyKid) bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah (termasuk yang berumur di bawah 18 tahun) dan no.akaun bank.
.
π Sebarang maklumbalas dan aduan boleh dibuat melalui:
.
β
Hotline
βͺοΈ 1-800-88-7720
(8.00pg-6ptg)
βͺοΈ 1-800-88-7721
(7.30pg-10mlm)
β
Secara online melalui
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) (24 jam)