PADU BROCHURE DESIGN NEW FINAL page-0001

PADU BROCHURE DESIGN NEW FINAL page-0002

PEMAKLUMAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
.
πŸ“Œ Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan pangkalan data utama Kerajaan ke arah mewujudkan satu ekosistem pemberian bantuan yang lebih sistematik dan perancangan polisi yang lebih holistik.
.
πŸ“Œ Pengemaskinian PADU dapat mengelakkan tuan/puan daripada keciciran untuk sebarang program bantuan/subsidi bersasar dan pelbagai program yang dirancang oleh kerajaan di masa akan datang
.
πŸ“Œ PADU telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024.
.
πŸ“Œ Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ke dalam sistem PADU adalah bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.
.
πŸ“ŒPengemaskinian secara online boleh dibuat di laman web PADU; www.padu.gov.my
.
πŸ“Œ Bagi penduduk sekitar DAERAH BANDAR BAHARU dan kawasan yang berdekatan yang mempunyai masalah dalam pengisian maklumat di PADU, tuan/puan disarankan untuk hadir ke Kaunter Pengurusan PADU di PEDi SERDANG
➑️ Klik sini untuk petunjuk lokasi guna Google Maps https://g.co/kgs/wCLaZ5
.
Pastikan bawa bersama salinan kad pengenalan Ahli Isi Rumah dan Maklumat akaun bank.
.
πŸ“Œ Dokumen yang perlu dibawa ke kaunter PEDi:
Salinan kad pengenalan (MyKad/MyKid) bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan ahli isi rumah (termasuk yang berumur di bawah 18 tahun) dan no.akaun bank.
.
πŸ“Œ Sebarang maklumbalas dan aduan boleh dibuat melalui:
.
βœ… Hotline
β–ͺ️ 1-800-88-7720
(8.00pg-6ptg)
β–ͺ️ 1-800-88-7721
(7.30pg-10mlm)
βœ… Secara online melalui
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) (24 jam)