Tarikh

:  20 April 2019

Masa

:  10.00 pagi – 11.30 tengahari

Peserta

:  35 orang

Lokasi

:  Kemas Bandar Baharu

 

Tujuan :

Program Perkasa Minda Masyarakat “Kembara Ilmu” diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.

Aktiviti :

Program ini dihadiri seramai 35 orang peserta terdiri daripada ibu bapa dan pelajar. Dalam program ini, diberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet kepada pelajar sekiranya tidak dipantau oleh ibu bapa. Selain itu,, taklimat langkah-langkah keselamatan internet untuk ibu bapa juga turut diberikan untuk mengelakkan diri dari muslihat dan penipuan internet.

Gambar disini

Tarikh

:  17 April 2019

Masa

:  2.15 petang – 3.45 petang

Peserta

:  600 orang

Lokasi

:  SMK Seri Nibong

 

Tujuan :

Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya pelajar-pelajar yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.

Aktiviti :

Bengkel ini dihadiri seramai 600 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dari SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.

Gambar disini

Tarikh

:  10 Mac 2019

Masa

:  2.30 petang – 4.30 petang

Peserta

:  30 orang

Lokasi

:  Dewan orang ramai Parit Nibong 

 

Tujuan :

Program Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan untuk memberi kesedaran awam mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. Program KDB ini bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab pengguna..

Aktiviti

Peserta diberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan internet dengan selamat. Antara aktiviti sokongan para peserta diberi peluang untuk melayari internet. Ini memberi peserta memahirkan diri menggunakan internet..

Gambar disini

Tarikh

:  13 April 2019

Masa

:  9.30 pagi – 2.00 petang

Peserta

:  20 orang

Lokasi

:  Pusat Internet Bandar Baharu

Tujuan :

Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran Lelaki (PERODUA) di Pusat Internet Bandar Baharu dengan kerjasama JobsMalaysia diadakan untuk membuka peluang kepada belia dan penduduk setempat untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan syarikat terpilih (PERODUA).

Aktiviti :

Peserta mula hadir seawal pukul 9.30 pagi untuk mendaftar. Temuduga tamat pada jam 2.00 petang.

Gambar disini

Tarikh

:  28 Mac 2019

Masa

:  10.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta

:  8 orang

Lokasi

:  Pusat Internet Bandar Baharu

 

Tujuan :

My Health Dashboard Komuniti adalah adalah sebuah program untuk mempromosikan kepentingan kesihatan kepada komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. Memberi pendedahan awal kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga kesihatan. Selain itu, mendidik komuniti untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, memeriksa kandungan gula dalam darah, menimbang berat badan dan mengukur ketinggian.

Gambar disini