Tarikh |
: 17 April 2019 |
Masa |
: 2.15 petang – 3.45 petang |
Peserta |
: 600 orang |
Lokasi |
: SMK Seri Nibong |
Tujuan :
Bengkel Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet terutamanya pelajar-pelajar yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang.
Aktiviti :
Bengkel ini dihadiri seramai 600 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dari SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Dalam bengkel ini, pelajar diberikan taklimat penerangan melalui tayangan slide modul Klik Dengan Bijak. Peserta juga melakukan beberapa aktiviti dan kuiz yang disediakan oleh petugas.