Tarikh |
: 11 September 2019 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: Perpustakaan Desa Permatang Pasir |
Tujuan
Membincangkan aturcara Program Membaca Yassin dan kacau Bubur Asura pada 18 September 2019.
Aktiviti
Pihak Pusat Internet telah mengadakan satu pebincangan bersama Penolong Setiausaha Perpustakaan Desa Permatang Pasir. Tujuannya adalah untuk menyusun aturcara supaya perlaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar. Pusat Internet akan mengadakan taklimat Advokasi mengenai Digital Terrestrial Television (DTT).
Tarikh |
: 10 September 2019 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 4 orang |
Lokasi |
: Pejabat Penerangan Bandar Baharu |
Tujuan
Membincangkan aturcara Program Taklimat Minda yang akan diadakan pada 6 Oktober 2019.
Aktiviti
Pihak Pusat Internet telah mengadakan satu pebincangan bersama Pegawai Jabatan Penerangan Bandar Baharu, Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu dan Mejar dari Balai Polis Bandar Baharu. Tujuannya adalah untuk menyusun aturcara supaya perlaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar.
Tarikh |
: 8 September 2019 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 1 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Membantu pendaftaran kesihatan untuk lesen perniagaan Majlis Daerah Bandar Baharu.
Aktiviti
Pihak Pusat Internet memberi penerangan dengan terperinci mengenai cara pendaftaran dan menekankan advokasi keselamatan online kepada usahawan. Usahawan mengisi maklumat yang diperlukan dan dibantu oleh pihak Pusat Internet supaya proses pendaftaran berjalan dengan lancar.
Tarikh |
: 8 September 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Melatih pelajar supaya mahir dalam menggunakan Microsoft Office.
Aktiviti
Peserta diajar untuk menaip surat menggunakan Microsoft Office Word, membuat jadual menggunakan Microsoft Office Excel, membuat slaid pembentangan menggunakan Microsoft Office PowerPoint dan membuat resume menggunakan Microsoft Office Publisher.
Tarikh |
: 4 September 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Peserta |
: 6 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Kesedaran dan galakan penggunaan internet untuk pembelajaran.
Aktiviti
Peserta diajar cara mencari maklumat menggunakan internet dan mencatat hasil pencarian. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan Google Translate dan Latih Tubi.