Tarikh |
: 12 Oktober 2020 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 pagi |
Peserta |
: 4 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta atau usahawan cara menggunakan Shopee, editing dan juga cara membuat iklan dengan betul.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan cara menggunakan aplikasi Shopee di komputer dan juga muat turun pada telefon pintar. Peserta diperkenalkan dengan templat yang terdapat dalam aplikasi Shopee. Peserta di beri pendedahan cara untuk memuat naik produk untuk jualan, cara untuk membuat tag promosi, set cara pengeposan dan juga cara untuk membuat Ads pada shopee.
Tarikh |
: 5 Oktober 2020 |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Menggalakkan Penggunaan Applikasi Telefon Dashboard Komuniti dalam membantu masyarakat mendapatkan maklumat setempat sekitar Pekan Bandar Baharu. Mendidik pengguna untuk Klik Dengan Bijak ketika menggunakan Internet.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan ialah para peserta diminta untuk download Applikasi Dashboard Komuniti dan menghantar 1 artikel yang benar ke dalam Dashboard Komuniti Bandar Baharu. Kemudian, setelah artikel yang dihantar disahkan benar oleh pentadbir peserta akan diberi goodies.
Tarikh |
: 11 September 2020 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.
Aktiviti
Peserta akan mendengar taklimat mengenai jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima. Peserta juga dapat berkenalan dengan MIV yang lain di Pusat Internet Bandar Baharu.
Tarikh |
: 1 Oktober 2020 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
: 3 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Pendaftaran untuk permohonan Geran Khas Prihatin (GKP).
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk mengisi pendaftaran secara atas talian bagi permohonan Geran Khas Prihatin (GKP).
Tarikh |
: 7 September 2020 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Pendaftaran kerja melalui laman web SPA secara atas talian.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk mendaftar kerja melalui laman web SPA secara atas talian dengan betul. Selain itu, diajar cara menyusun resume dan sijil dokumen dengan betul.