Tarikh |
: 24 Jun 2021 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PIK dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai untuk melindungi kanak-kanak dari dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam terutama ibu bapa supaya sentiasa berwaspada ketika menggunakan media sosial. Ibu bapa dinasihatkan tidak terlalu mendedahkan butiran peribadi dan gambar anak-anak di dalam media sosial kerana gambar anak-anak ini dapat disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawal penggunaan media sosial anak-anak supaya mereka tidak termasuk ke dalam perangkap predator alam maya ini.
Tarikh |
: 10 Jun 2021 |
Masa |
: 10.00 pagi – 11.30 pagi |
Peserta |
: Petugas PIK dan orang awam |
Lokasi |
: Facebook Live |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penipuan kewangan dalam talian.
Aktiviti
Program bicara memberi kesedaran kepada orang awam supaya lebih waspada dengan penipuan kewangan dalam talian sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Dengan program ini, orang awam dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan kewangan.
Tarikh |
: 02 Mei 2021 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Peserta |
: 10 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Bandar Baharu |
Tujuan
Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Kreatif.
Aktiviti
Penyampaian hadiah kepada pemenang yang bertanding di Pertandingan Video Kreatif. Selain itu, turut diberi penghargaan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini.
Tarikh |
: 4 Mei 2021 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Peserta |
: 2 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Bandar Baharu |
Tujuan
Pendaftaran kerja melalui laman web SPA secara atas talian.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk mendaftar kerja melalui laman web SPA secara atas talian dengan betul. Selain itu, diajar cara menyusun resume dan sijil dokumen dengan betul.
Tarikh |
: 08 April 2021 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
Peserta |
: 4 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet Komuniti Bandar Baharu |
Tujuan
Taklimat tentang insuran Takaful.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat tentang insuran Takaful dan kebaikan mengambil insuran Takaful. Peserta jugak diberi penerangan dengan terperinci mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran Takaful secara atas talian.