123

Peniagaan roti jari dan Bakery Ustaz Razak begitu dikenali oleh masyarakat tempatan sekitar Bandar Baharu. Roti Jari Ustaz Razak Bakery dikilangkan di Parit Haji Yusuf, Bandar Baharu, Kedah. Dengan harga dijual dipasaran iaitu RM 2.50 sebungkus (Tahun 2016), produk bumiputera ini dapat memenuhi citarasa masyarakat tempatan.

Dimana dan pada waktu bila hidangan ini sesuai dinikmati?. Melalui tinjauan PI Bandar Baharu, Roti Jari Boleh dimakan pada bila-bila masa, namun pada pengamatan kami, para pelanggan seringkali dilihat menikmati hidangan bersama Kopi “O” Panas pada waktu rehat petang sekitar jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Pelanggan mereka juga biasanya menikmati hidangan ini ketika bersantai di Kedai Kopi Tempatan bersama rakan-rakan.