WhatsApp Image 2024-04-16 at 6.40.23 PM

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah akan menganjurkan Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah pada 22 April 2024 (Isnin) bermula jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah.

Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Ayuh sama-sama kita semarakkan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 sebagai tanda sokongan, menghargai dan meningkatkan semangat kesedaran di kalangan masyarakat terhadap sumber air yang tidak ternilai.

Jom sertai acara yang dianjurkan seperti Aktiviti Sukan Rakyat, River Cruise, Pameran Mini, LSANK Buddies dan Cabutan Bertuah. Hadiah menarik menanti para pemenang.

"AIR UNTUK KEAMANAN"

#JPSKedah
#JPSMalaysia
#hariairsedunia2024
#airuntukkeamanan